donat gebu

Kalau anda sedang mencari resipi donat gebu, ini antara yang paling mudah dan menjadi. Teksturnya lembut, ringan dan tak berminyak, memang sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga.

Boleh terus buat bila angun pagi, uli doh sekejap selepas Subuh, kemudian bila doh dah naik cantik, terus boleh goreng dan hidangkan panas-panas. Bau donut yang baru digoreng itu memang buat satu rumah rasa lapar!

Resipi ini juga ada beberapa tip penting supaya donut jadi cantik dan gebu, terutama waktu menggoreng. Kalau ikut betul-betul petua yang diberikan, hasilnya memang memuaskan hati. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Cucur Crab Stick Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Kudapan Mudah Guna 4 Bahan Saja!

RESEPI DONAT GEBU VERSI KAMPUNG

donat gebu

Bahan A (aktifkan yis):

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis kering
  • 100 ml air suam

Bahan B:

  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • ½ – ¾ cawan air (jangan masukkan semua sekaligus)

Cara-cara penyediaan:

  1. Aktifkan yis dengan mencampurkan semua bahan A dan biarkan selama 10–15 minit sehingga berbuih.
  2. Buat doh dengan menyatukan semua bahan B dalam satu mangkuk, kemudian masukkan bahan A dan tambah air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Uli doh selama lebih kurang 10–15 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan elastik.
  4. Rehatkan doh dengan menutupnya dan biarkan selama 30–45 minit sehingga naik dua kali ganda.
  5. Bentuk donut dengan menumbuk doh untuk keluarkan angin, kemudian bentukkan dan biarkan rehat lagi 10–15 minit supaya doh kembang semula.
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas (api kecil ke sederhana) sehingga keemasan dan cukup 1–2 kali pusing sahaja semasa menggoreng untuk hasil yang cantik dan tidak menyerap minyak.

Sumber: Nur Ain

Baca juga: Resipi Sagu Gula Melaka Gaul Kelapa, Sekali Gigit Terasa Lembutnya & Tak Liat Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN