
Kalau suka masakan berempah macam kari, masala atau hidangan ala India, mesti dah biasa dengar tentang garam masala. Tapi tahu tak, sebenarnya cara buat garam masala sendiri di rumah lagi best daripada beli yang siap?
Bila buat sendiri, kita boleh rasa perbezaannya. Bau rempah lebih segar, aromanya lebih kuat, dan rasa pun jauh lebih sedap. Tak ada bau rempah yang dah lama tersimpan atau rasa hambar macam sesetengah produk siap.
Yang paling penting, buat sendiri memang puas hati. Kita tahu apa bahan yang digunakan, boleh ubah suai ikut selera dan sesuai sangat untuk yang suka memasak serta nak hasil masakan jadi lebih padu.
Baca juga: Jom Buat Air Soya Homemade, Ada Petua Tak Bau Kacang & Tahan Lama Dalam Peti Ais
CARA BUAT GARAM MASALA HOMEMADE

Bahan-bahan:
- 25g biji ketumbar (lebih kurang 4 sudu besar)
- 20g jintan manis (lebih kurang 3 sudu besar)
- 12g lada hitam (lebih kurang 2 sudu besar)
- 10g buah pelaga (lebih kurang 2 sudu besar)
- 12g kayu manis (dipatahkan kecil)
- 7g bunga cengkih (lebih kurang 2 sudu besar)
- 4g daun bay / daun salam (8–10 helai)
- 5g bunga lawang (5–6 kuntum)
- 5g buah pala (2 biji kecil)
Jumlah keseluruhan: lebih kurang 100g
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan semua bahan rempah daripada habuk atau kotoran sebelum digunakan.
- Panaskan kuali tanpa minyak dan sangai rempah dengan api kecil secara berperingkat.
- Mulakan dengan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam. Sangai hingga naik bau wangi.
- Seterusnya, masukkan kayu manis, bunga lawang dan daun bay. Teruskan sangai sehingga aroma lebih kuat.
- Buah pelaga hanya perlu disangai ringan sahaja, jangan terlalu lama.
- Buah pala pula cukup sekadar dipanaskan sekejap untuk keluarkan aromanya.
- Setelah semua bahan siap disangai, biarkan sejuk sepenuhnya.
- Kisar semua bahan hingga menjadi serbuk halus.
- Jika masih ada bahagian kasar, ayak dan kisar semula sehingga halus.
- Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kesegaran.
Sumber: Resepi Si Bulang
Baca juga: Cara Buat Daun Parsli Kering Guna Air Fryer, Sangat Jimat Kalau Buat ‘Homemade’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














