daun pasli

Daun pasli kering atau parsley flakes sering digunakan sebagai hiasan atau taburan atas masakan untuk menambah aroma, warna dan rasa. Walaupun boleh dibeli dalam bentuk kering, harganya kadang-kadang agak mahal untuk satu botol kecil.

Dengan membuat daun parsli kering sendiri di rumah, anda boleh menjimatkan kos dan memastikan flakes yang dihasilkan lebih segar dan wangi. Prosesnya mudah dan tidak memerlukan banyak bahan atau peralatan khas.

Selain itu, daun parsli homemade juga lebih digunakan pada pelbagai hidangan seperti pasta, sup, salad atau hidangan panggang. Anda boleh dalam bekas kedap udara untuk digunakan berulang kali.

Baca juga: Resipi Serbuk Ikan Bilis Homemade, Perasa Sihat Tanpa MSG Ini Wajib Ada Di Dapur!

CARA BUAT DAUN PASLI KERING HOMEMADE DI RUMAH

daun pasli

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus daun parsli segar

Langkah-langkah membuat parsley flakes homemade:

  1. Basuh daun parsli segar hingga bersih dan tos air sehingga kering sepenuhnya.
  2. Masukkan parsli ke dalam air fryer (AF). Letakkan parsli rata dan tindan dengan benda yang berat supaya tidak terbang kerana ringan.
  3. Boleh juga letak parsli di bawah jaring jika ia jenis yang boleh ditanggal.
  4. Masak pada suhu 160°C selama 15 minit sehingga parsli garing.
  5. Bila dah kering, ambil daun parsli dan gesek perlahan-lahan dengan jari untuk jadikan kepingan halus.

Sumber: Sharifah Fatimah

Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN