resepi pajeri nenas

Pasti ramai yang belum pernah mencuba resepi pajeri nenas dan terung. Rupanya, kombinasi sayur dan buah ini sangat sedap apabila disatukan dalam kuah pajeri yang pekat.

Rasa lemak daripada santan dan manis gula, digabung dengan sedikit masam nenas, menjadikan hidangan ini sangat menyelerakan. Sesuai dijadikan hidangan utama bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Pajeri Rebung Asli Utara, Rasa Sama Macam Lauk Kenduri Dulu-Dulu

RESEPI PAJERI NENAS DAN TERUNG

resepi pajeri nenas

Bahan utama:

  • 2 biji terung panjang (potong ikut suka)
  • 1 biji nanas (potong ikut suka)
  • 1 biji kelapa atau santan 1 liter (ikut pekat yang diingini)
  • 2 sudu besar kerisik sangai (ambil dari sedikit kelapa tadi)

Bahan untuk menumis:

  • 10 biji bawang merah kecil (mayang atau dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (mayang)
  • 3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
  • 4 sekawan: kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan.
  4. Tambahkan garam, gula dan air asam jawa untuk seimbangkan rasa. Biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan kerisik dan kacau rata.
  6. Masukkan nanas dan terung. Biarkan seketika untuk merenih dan rasa meresap.
  7. Bila kuah naik minyak dan semua bahan masak sempurna, tutup api. Siap untuk dihidang!

Tip tambahan: Jika suka, boleh masukkan udang kering untuk rasa lebih umami.

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Resipi Pajeri Rambutan Ini Sangat ‘Legend’, Orang Dulu-Dulu Je Tahu Kesedapannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN