Bosan juga kalau dah selalu buat donut berbentuk bulat. Kali ini apa kata jom belajar cara buat donut bantal yang berbentuk petak ini pula.
Donut bantal ini berbeza dari donut biasa kerana ia rangup di luar dan berongga di dalam. Makan satu biji dijamin tidak akan rasa puas.
Cara penyediaannya juga cukup ringkas, hanya memerlukan 5 bahan yang mudah didapati di mana-mana kedai. Ayuh cuba!
Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang
CARA BUAT DONUT BANTAL
Bahan-bahan:
- Susu suam 300ml
- Instant yeast 7 gram
- Mentega cair 85 gram
- Tepung gandum 480 gram
- Gula kastor
Cara-cara:
1. Sediakan satu mangkuk besar. Tuangkan susu suam ke dalam mangkuk tersebut.
2. Kemudian, letakkan yis dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
3. Selepas itu, tuangkan pula mentega yang sudah dicairkan. Sambung pukul lagi.
4. Seterusnya, letakkan tepung gandum dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati. Kemudian sambung uli menggunakan tangan.
5. Alihkan adunan ke atas loyang yang sudah ditaburkan tepung gandum secukupnya.
6. Uli doh sehingga adunan tak melekat pada tangan.
7. Kemudian pindahkan semula doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan ia berehat selama 1 jam.
8. Selepas 1 jam, doh akan menjadi kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
9. Uli adunan menggunakan penguli sehingga rata.
10. Potong dan bentuk doh kepada segiempat sama.
11. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga doh kembang.
12. Balik-balikkan donut supaya masak sekata. Apabila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas pinggan.
13. Salutkan donut dengan gula kastor dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: TikTok akiejack
Baca juga: Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam