Jika pernah bercuti ke Indonesia bersama keluarga, pasti anda pernah menemui Cilok yang dijual di gerai kecil. Tapi tak ramai tahu cara buat Cilok yang sedap.
Cilok ialah sejenis makanan khas Sunda di Indonesia yang dibuat daripada tepung gandum. Ia lengkap bersama cicahan kuah kacang, kicap atau sos.
Bentuk Cilok yang bulat dengan tekstur yang kenyal dan lembut menjadikannya snek kegemaran ramai kerana mudah dimakan.
Ramai yang teringin tahu bagaimana rasanya Cilok ini, oleh itu Nor Fatirah Abd Ghani telah kongsikan cara buat Cilok yang mudah dan sedap. Jom cuba!
Baca juga: Bebola Keledek Bulat-Bulat Comel Ala Cameron Highlands, Sedap Sangat!
Bahan-bahan cilok:
Cara-cara penyediaan cilok:
1. Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali, kemudian kacau sebati.
2. Masak dengan api kecil sampai adunan jadi bergumpal seketul, kemudian alihkan dalam bekas lain.
3. Gaul lagi dengan tepung ubi dan bulat-bulatkan, kemudian celur dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak.
4. Masak sampai timbul, jika dah timbul angkat kemudian kukus lagi selama 20 minit. Cilok dah siap!
Bahan-bahan sambal:
Cara-cara penyediaan sambal:
1. Kisar kasar bawang putih bersama cili merah Thai, kemudian tumis.
2. Masukkan air asam jawa, sedikit sos cili dan paling penting, gula Melaka.
3. Akhir sekali masukkan garam ikut selera, kemudian masak sehingga pekat. Lebihkan gula jika nak sambalnya lebih cantik. Sambal dah siap!
Cara buat Cilok ini sungguh mudah sampaikan mereka yang tak tahu masak pun boleh buat. Anda boleh jadikannya sebagai menu baru untuk minum petang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Fatirah Abd Ghani
Baca juga: Bebola Begedil Ayam Cara MUDAH, Bulat-Bulat Comel Je Nak ‘Ngap’
Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…
Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…
Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek…
Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan…
Buntu memikirkan menu untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resipi ayam masak ketumbar jintan…
Ikan bilis kicap pedas antara lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila mahu berjimat pada hujung…