cara buat churros

Waktu petang hampir tiba, inilah masa terbaik untuk anda cuba cara buat Churros yang lebih montok dan rangup sebagai minum petang di rumah.

Churros ialah snek pastri yang digoreng dan diperbuat daripada tepung yang merupakan makanan tradisi di Sepanyol dan Portugal.

Jika di Sepanyol, Churros biasanya dimakan bersama gula serbuk kayu manis. Berbeza pula di Malaysia, ramai yang suka cicah dengan sos berperisa seperti coklat, strawberi, pandan dan sebagainya.

Julia ALeen Aireish telah tunjukkan cara buat Churros yang telah menarik perhatian ramai di Facebook kerana hasilnya montok dan rangup dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kunafa Coklat Viral, Siap Dengan Sos Pekat Likat Yang Meleleh!

CARA BUAT CHURROS YANG LEBIH MONTOK

cara buat churros

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan buttercup
  • 1 sudu makan gula
  • 2 biji telur B
  • Esen vanilla

Cara-cara buat churros:

1. Mula-mula, masukkan air, gula dan butter dalam periuk. Kemudian, masak sehingga cair dan mendidih (taklah lama sangat mendidihnya, sekejap saja).

2. Selepas itu, tutup api dan masukkan tepung gandum. Kemudian, kacau sebati dan sejukkan adunan.

3. Guna bekas lain, pukul telur bersama esen vanilla. Masukkan telur sedikit demi sedikit  ke dalam adunan yang disejukkan tadi sambil kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.

4. Setelah adunan seakan memberat, sediakan piping dan nozzle kesukaan, masukkan adunan ke dalamnya.

*Nak churros montok, guna nozzle saiz yang besar

cara buat churros

5. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. Picit adunan dalam kuali dan gunting mengikut saiz yang disukai. Goreng sehingga masak kekuningan cantik, kemudian angkat dan tos minyak.

6. Akhir sekali, taburkan gula kulit kayu manis atau coklat ganache sebagai pencicah mengikut citarasa. Siap untuk dinikmati!

Cara buat Churros ini sangat mudah dan sesuai untuk mak-mak yang nak sediakan minum petang lazat buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN