Pasti ramai penggemar bihun segera jenama PAMA tu kan? Sedap sangat dapat makan lagi-lagi selepas cuaca hujan atau makan lewat malam. Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri bihun ala pama di rumah.
Buat sendiri lagi puas hati sebab sekali buat boleh dapat satu periuk! Dijamin puas hati satu keluarga makan sampai licin. Yang penting, cara membuatnya sangat mudah, ringkas dan mengenyangkan!
Jom lihat resipi perkongsian oleh Cik Pooja di bawah. Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 7.5 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!
Resipi Bihun Ala Pama Homemade
Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 ketul kiun pati ayam maggi
- 1 sk lada sulah putih
- Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong)
- 1 liter air (agak-agak 1 jug kecil)
- Secubit garam (jika perlu)
- Bihun (secekak)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan keemasan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sudah, daun sup dan daun bawang.
3. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan bihun dan reneh sehingga bihun masak dengan elok.
4. Kalau tak cukup masin, masukkan secubit garam mengikut citarasa.
5. Siap! Sedia untuk dihidang.
6. Kalau suka pedas, taburkan juga serbuk cili.
Kredit: Cik Pooja