resepi ayam goreng crispy

Ayam goreng antara menu paling mudah dibuat dan ada cara untuk dapatkan yang betul-betul rangup. Ikut saja resepi Ayam Goreng Crispy ini, pasti puas hati dengan hasilnya.

Perkongsian resepi Ayam Goreng Crispy di Facebook oleh Haziatul Azuma menarik perhatian ramai kerana caranya simple, tapi hasilnya rangup berkerak. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESEPI AYAM GORENG CRISPY

resepi ayam goreng crispy

Bahan perapan:

  • Isi ayam (potong nipis supaya cepat masak dan lebih sedap)
  • Air
  • Tepung ayam segera
  • Bawang putih ketuk

Cara-cara perap:

  1. Campurkan air, tepung ayam segera dan bawang putih ketuk.
  2. Gaulkan bersama ayam.
  3. Perap sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

Bahan salut tepung:

Campurkan:

Ambil sedikit campuran ini untuk salut pertama dan selebihnya untuk proses gaul akhir.

Cara buat ayam goreng crispy:

  1. Salut ayam perap dengan sedikit campuran tepung.
  2. Celup ayam ke dalam telur.
  3. Masukkan ke dalam baki campuran tepung.
  4. Gaul perlahan-lahan sampai semua permukaan diliputi.
  5. Tekan-tekan tepung pada ayam supaya salutan lebih melekat dan berkerak cantik.
  6. Gaul lagi perlahan sampai tekstur salutannya nampak sekata dan timbul.
  7. Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Haziatul Azuma

Baca juga: Ayam Goreng Berempah Sedap Sampai Ke Tulang, Rangup Lain Macam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN