Categories: Resipi

Cara Buat Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya Guna 1 Tin Susu Cair & 1 Tin Susu Pekat!

Nak makan aiskrim Malaysia homemade yang manis, berlemak dan menyegarkan? Cara buat aiskrim Malaysia ini boleh dicuba sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan ringkas seperti susu cair, susu pekat manis, gula dan tepung jagung.

Menerusi perkongsian Asnida Waty di Facebook, resipi ini menggunakan sukatan yang mudah diikuti untuk menyediakan base susu aiskrim. Menariknya, adunan ini juga boleh dijadikan asas untuk menghasilkan pelbagai perisa mengikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kenduri, Rupanya Campur Air Aiskrim Soda Buat Rasa Lebih Istimewa!

CARA BUAT AISKRIM MALAYSIA HOMEMADE DENGAN BASE SUSU

Untuk menyediakan base susu ini, anda hanya perlu memasak semua bahan sehingga mendidih sebelum menyejukkannya. Tepung jagung atau tepung ubi pula digunakan untuk membantu memekatkan adunan supaya sesuai dijadikan asas aiskrim Malaysia.

Bahan-bahan:

  • 4 tin air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 penutup esen vanila
  • 3 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air. Masukkan 4 tin air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.

2. Masukkan bahan susu. Tambahkan susu cair, susu pekat manis, garam dan gula. Kacau sehingga semua bahan sebati.

3. Tambahkan esen vanila. Tuangkan esen vanila ke dalam adunan dan kacau rata supaya aromanya sebati dengan base susu.

4. Bancuh tepung. Larutkan tepung jagung atau tepung ubi dengan sedikit air di dalam bekas berasingan. Kacau sehingga tidak berketul.

5. Masukkan bancuhan tepung. Tuangkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit ke dalam periuk sambil terus mengacau adunan supaya teksturnya sekata.

6. Masak sehingga mendidih. Teruskan mengacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat. Pastikan bahagian bawah periuk tidak berkerak atau melekat.

7. Sejukkan adunan. Tutup api dan biarkan base susu sejuk sepenuhnya sebelum digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.

8. Masukkan ke dalam plastik aiskrim. Setelah sejuk, tuangkan adunan ke dalam plastik aiskrim mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat dengan kemas.

9. Bekukan aiskrim. Susun aiskrim di dalam peti sejuk beku sehingga keras sepenuhnya sebelum dinikmati.

TIP SUPAYA AISKRIM MALAYSIA HOMEMADE LEBIH MENJADI

1. Pastikan bancuhan tepung tidak berketul

Bancuh tepung dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Cara ini membantu menghasilkan adunan yang lebih licin dan sekata.

2. Kacau adunan secara berterusan

Selepas bancuhan tepung dimasukkan, pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak mudah melekat pada dasar periuk.

3. Sejukkan base susu sepenuhnya

Jangan terus memasukkan adunan yang masih panas ke dalam plastik aiskrim. Biarkan sejuk terlebih dahulu supaya lebih mudah dikendalikan.

4. Pelbagaikan perisa mengikut kesukaan

Jika mahu menyediakan beberapa jenis aiskrim, bahagikan base susu kepada beberapa bekas dan tambahkan perisa pilihan seperti coklat, jagung atau sirap sebelum dibungkus.

Resipi aiskrim Malaysia homemade ini sesuai untuk anda yang mahu mencuba pencuci mulut ringkas menggunakan bahan yang mudah didapati. Dengan base susu yang boleh dipelbagaikan, anda boleh menyediakan beberapa pilihan perisa untuk dinikmati bersama keluarga, terutama ketika cuaca panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Asnida Waty

Baca juga: Cara Simpan Aiskrim Malaysia Tak Cepat Cair, Rahsia Peniaga Ini Guna Tahan Lama Sampai Ke Petang!

Aimi

Recent Posts

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

44 minutes ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

3 days ago