
Cara buat aiskrim goreng sebenarnya sangat mudah dan tak perlukan peralatan khas. Dengan hanya menggunakan roti dan aiskrim, anda sudah boleh hasilkan pencuci mulut rangup di luar dan sejuk di dalam.
Resipi aiskrim goreng ini sesuai untuk yang nak cuba buat sendiri di rumah tanpa perlu beli acuan atau bahan yang rumit. Teknik tekap menggunakan mangkuk kecil sudah memadai untuk membentuk aiskrim goreng yang kemas.
Kalau anda sedang mencari cara buat aiskrim goreng yang cepat, jimat dan menjadi, resipi ini memang sesuai untuk dicuba, sama ada untuk minum petang atau hidangan pencuci mulut bersama keluarga.
Baca juga: Resipi Aiskrim Matcha Guna 3 Bahan, Rasa Premium Dan Tekstur Halus!
CARA BUAT AISKRIM GORENG TANPA ACUAN KHAS

Bahan-bahan:
- Roti putih
- Aiskrim (perisa ikut suka)
- Mangkuk kecil atau cawan untuk tekap
- Penggelek
Cara-cara:
- Ambil sekeping roti dan gelek sehingga nipis dan penyek.
- Sudukan satu sudu kecil penuh aiskrim, letakkan di bahagian tengah roti.
- Tutup dengan sekeping lagi roti di atasnya.
- Tekap menggunakan cawan atau mangkuk kecil sehingga roti terputus dan membentuk bulatan kemas.
- Bungkus setiap aiskrim roti secara berasingan menggunakan plastik untuk mengelakkan roti melekat semasa proses pembekuan.
- Simpan dalam peti sejuk beku selama semalaman atau sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehingga betul-betul beku.
- Apabila aiskrim sudah keras, panaskan minyak hingga betul-betul panas.
- Masukkan aiskrim roti yang masih beku terus ke dalam minyak panas dan goreng sekejap sahaja.
- Balikkan dan goreng sekitar 20 hingga 30 saat sahaja sehingga permukaan roti nampak garing dan keemasan.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dimakan.
Tip tambahan: Pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng supaya roti cepat garing dan aiskrim tidak sempat cair.
Sumber: Facebook
Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














