Categories: Resipi

Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri

Jom kita belajar buat aiskrim cawan pula. Ibu-ibu suri rumah juga boleh buat side income dengan aiskrim ini. Duduk rumah pun duit masuk, best kan?

Kalau nak buat untuk makan sendiri pun boleh. Bila tekak terasa kering akibat cuaca panas, ngap je aiskrim dalam peti ais.

Resipi aiskrim ini merupakan hasil perkongsian oleh Nurul Ashikin. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Guna Bekas Kecil Comel Macam Ni Sesuai Untuk Niaga

RESIPI AISKRIM CAWAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu makan ovalatte
  • 1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
  • 2 cawan fresh cream/whipping cream non-dairy (saya guna jenama vivo)

Cara penyediaan:

1. Masak base susu (susu pekat, susu cair dan 3 tin air) sehingga mendidih. Selepas mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Tutup api.

2. Sejukkah dahulu bancuhan base, lebih elok jika bekukan semalaman. Fungsi supaya aiskrim lebih gebu.

3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovallate dan esen vanilla. Putar menggunakan kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15 hingga 20 minit. Dah siap aiskrim

4. Akhir sekali isi filling dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filling di atas aiskrim menggunakan lidi. (filling boleh beli di kedai bakeri)

5. Bila dah siap, masukkan dalam freezer semalaman dan boleh makan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.

Info: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.

Kredit: Nurul Ashikin

Nasiha

Recent Posts

Nasi Planta Safron, Nasi Gebu & Wangi ‘Confirm’ Terpikat Selera

Anda pernah cuba nasi planta safron? Hidangan ini kaya dengan rasa berlemak dan aroma wangi…

13 mins ago

Cara Buat Sambal Pauh Muda, Memang Menu Penambah Selera Makan!

Selain sambal belacan, resepi sambal pauh muda juga sangat sedap dan memang boleh buat selera…

23 mins ago

Tauhu Sumbat Ayam Dengan Sambal Kicap Sempoi, Rasa Memang ‘Kick’ Habis!

Pantang nampak ada peniaga yang jual Tauhu Sumbat Ayam di pasar malam, mesti tertarik nak…

49 mins ago

Resipi Pancake Anti-Gagal & Elok Kejadiannya, Lembut Bak Kapas!

Siapa yang tidak suka pancake? Dengan resepi pancake ini, anda tak perlu risau lagi kerana…

3 hours ago

Kek Marjerin Semudah 5 Langkah, Mak-Mak Lagi Suka Versi Cantik Begini

Setelah selesai melakukan tugas harian di rumah, mak-mak pasti akan mengisi masa lapang dengan membuat…

3 hours ago

Jangan Buang Sarang Telur Ayam, Boleh Guna Untuk Elak Sampah Berbau & Berair!

Bau busuk sampah di dapur sering menjadi masalah yang dihadapi oleh banyak orang. Sarang telur…

18 hours ago