Categories: Resipi

Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap!

Ada yang suka makan gulai udang? Kebiasaannya gulai udang macam ni, sedap dicampurkan dengan nenas atau dengan pucuk ubi. Makan dengan nasi panas, confirm bertambah nasi!

Gulai Udang atau Masak lemak Cili padi ni memang menjadi makanan kegemaran ramai orang. Suka makan pedas-pedas boleh lebihkan cili padi yang digunakan.

Resipi yang dikongsikan Makcik Ratu ni, memang lengkap dan senang kita nak follow. Step by step yang disharekan pun mudah nak faham. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan.

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Super Simple, Resipi Hasil Jualan Hampir 10 Tahun

Dalam gulai ni, kita yang tentukan nak masukkan apa-apa jenis sayuran yang kita suka. Jika ada yang suka tempe, kacang buncis, fucuk boleh masukkan sekali.

Resipi Gulai Udang


Bahan-bahan:

  • ½ kilo udang
  • 3 helai daun salam
  • 2 helai daun kunyit
  • Asam keping
  • Kacang buncis
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam
  • Tempe
  • Petai

Bahan Tumis:

  • 2 Batang serai ( diketuk)
  • 2 ruas jari lengkuas

Bahan Kisar:

  • 25 biji cili padi hijau dan merah
  • 10 ubiji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 ruas jari kunyit hidup

Cara memasak:

1. Mula-mula sekali, potong tempe kecil dan memanjang. Kemudian gorengkan seketika.

2. Seterusnya, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tumis gunakan sedikit minyak sahaja ye.

3. Bila dah naik wangi, masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai cili padi betul-betul masak. Anggaran dalam 10 hingga 15 minit kacau bahan-bahan tersebut.

4. Seterusnya, masukkan daun salam, daun kunyit yang dirajik kasar serta air. Masak sekejap sampailah mendidih kuahnya.

5. Kemudian, masukkan asam keping dan kacang buncis. Masak sekejap dan masukkan udang.

6. Jangan tinggalkan tetapi balik-balikkan udang depan dan belakang. Nampak dah masak, terus masukkan santan. Kacau supaya santan sebati dengan kuahnya.

7. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan

8. Sebelum tutup api, masukkan tempe yang digoreng awal tadi dan juga petai. Sedia dihidang.


Bila dah siap nampak menarik betul gulai udang ni. Bolehlah hidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Nak makan dengan nasi boleh, hidangkan dengan nasi impit pun sesuai.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago