
Ikan patin terkenal dengan keenakannya, terutamanya jika dimasak gulai tempoyak. Namun, ramai tak berani masak sendiri di rumah sebab tak tahu cara buang hanyir ikan patin.
Antara masalah yang membuatkan ramai tak suka masak ikan patin ini adalah kerana bau hanyir dan lumpur yang terlalu kuat. Jika tak tahu cara buang hanyir ikan, memang terbantut selera.
Tapi jangan risau, sebenarnya ada petua mudah dan berkesan yang boleh anda cuba untuk hilangkan bau lumpur dan hanyir ikan patin. Jom kita tengok caranya!
CARA BUANG HANYIR IKAN PATIN

1. Mula-mula, cari urat putih di antara tulang tengah ikan yang ada di kiri dan kanan tulang ikan patin.
2. Selepas itu, tarik dan buangkan urat putih tersebut.
3, Jika urat putih itu tak dibuang, ikan patin akan berbau lumpur yang sangat kuat selepas masak.

4. Setelah buang urat putih itu, boleh basuh ikan patin dengan limau, asam keping atau air tepung mengikut citarasa masing-masing.
5. Akhir sekali, bolehlah gunakan ikan patin untuk masak mengikut kesukaan.

Cara buang hanyir ini tak susah pun, jadi tiadalah alasan lagi untuk elak masak ikan patin sendiri di rumah. Apabila bau sudah hilang, masakan pun jadi lebih enak.
hasilnya memang memuaskan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ayuni Balqis Adzmi
Baca juga: Cara Paling Mudah & Cepat Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari, Serius Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














