Categories: Tips & Petua

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

cara buang air sotongcara buang air sotong

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa. Sebenarnya, anda perlu tahu cara buang air sotong terlebih dahulu.

Sotong merupakan sejenis makanan laut yang cukup popular. Tak kira Melayu, Cina atau India, boleh dikatakan semua orang menggunakan sotong dalam masakannya.

Biasanya semasa masak sotong, mesti ada lebihan air yang keluar darinya dalam lauk. Buat pengetahuan anda, hal ini boleh membuatkan sotong menjadi kecut selepas memasaknya.

Tapi, air sotong boleh buat lauk menjadi lebih berjus tau. Jika begitu, tak mengapa jika ada air sotong dalam hidangan berkuah seperti tomyam, sup dan paprik.

Namun, berbeza jika nak masak hidangan kering seperti goreng kunyit dan celup tepung. Nak atau tak nak, kenalah juga guna cara buang air sotong yang betul. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!

CARA BUANG AIR SOTONG

1. Mula-mula, gunakan api besar dan panaskan kuali, tapi jangan letak minyak.

2. Selepas itu, masukkan sotong yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam kuali.

cara buang air sotongcara buang air sotong

3. Kemudian biarkan sebentar dan sotong akan mula mengembang. Tak perlu kacau atau gaul, tapi biarkan saja terlebih dahulu.

4. Lebih kurang dalam 3 minit begitu, kacau atau alih-alihkannya supaya mudah nak bagi sotong masak sekata.

5. Tunggu sehingga sotong bertukar warna sedikit, kemudian boleh angkat dengan senduk dan toskan. Siap!

Anda wajib gunakan cara buang air sotong ini sebelum masak sotong celup tepung. Jika tak dibuang dahulu, tepung boleh jadi tak melekat pada sotong apabila digoreng.

Selain itu, cara ini juga sangat berguna untuk masak sambal sotong supaya tahan lebih lama. Nak makan pun terasa puas kerana sotong tak liat sama sekali.

Sewaktu mula-mula memasak, memang ramai yang tak guna sebarang tips sampaikan masak sotong pun boleh kecut hasilnya. Tapi selepas tahu caranya, pasti anda puas hati nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Shayien Rasid

Baca juga: Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Mi Suah Sedap, Makan Waktu Demam Pasti Membuka Selera!

Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Aisha Shukor telah berkongsi resepi mee suah yang sering…

6 hours ago

Sayur Panjang Tak Muat Dalam Bekas, Guna Tips Simpan Ini Supaya Tahan Lama!

Sayur-sayuran seperti petola, bendi, kacang botol dan timun agak sukar disimpan kerana saiznya agak panjang.…

6 hours ago

Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak

Pantang nampak puding sedap di media sosial, mesti teringin punya. Tak payah beli di luar,…

7 hours ago

Resipi Bakwan Sayur Rangup Ada Petuanya, Ikut Saja Langkah Mudah Ini

Resepi bakwan sayur ini sangat mudah disediakan. Bakwan adalah snek yang berasal dari Indonesia, diperbuat…

7 hours ago

Sotong Goreng Tepung Rangup Anti Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’

Pernah makan Sotong Goreng Tepung rangup di kedai makan, sampai balik rumah pun teringat. Sebenarnya,…

9 hours ago

Resipi Kentang Berlado Kicap Dengan Terung & Tempe, Sedapnya Tak Terkata!

Resepi kentang berlado kicap dengan terung dan tempe adalah hidangan yang sangat menyelerakan dan mudah…

10 hours ago