Korang tahu tak sebenarnya kita boleh sahaja pilih bendi tanpa perlu patahkan hujung buahnya. Risau pula sekiranya korang patahkan hujung buahnya takut tauke kedai marah pula rosakkan bendi mereka.
Senang sahaja nak kenal bendi ini sekiranya anda risau terbeli yang tua, jom cuba tips ini.
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur dan rasa manis bendi itu ada. Cicah dengan budu atau tempoyak bersama nasi panas-panas, pasti tidak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ini tidak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik.
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang itu besar jarum sahaja.
Buah tua ini akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya agak keras.
Buah tua bangka ini 100% buah sudah bertukar warna menjadi coklat dan kering. Buah tahap ini la kita simpan untuk buat benih.
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…