Categories: Tips & Petua

Terus Goreng Atau Defrost Dulu? Ini Cara Goreng Makanan Sejuk Beku Yang Ramai Salah Buat!

Ada hari kita memang tak ada mood nak masak makanan yang rumit, betul tak? Waktu macam ini, automatik tangan akan capai makanan sejuk beku dalam peti sebab ia lebih cepat, senang dan yang penting, boleh terus kenyang!

Makanan sejuk beku ini memang penyelamat bila lapar, tapi tak ramai yang tahu bahawa cara masak boleh bagi kesan besar pada rasa, tekstur dan juga keselamatan makanan itu sendiri.

Kalau terus goreng tanpa nyahbeku dulu, bahagian luar mungkin nampak garing tapi isi dalam masih mentah. Lebih bahaya, boleh sebabkan keracunan makanan kalau tak dimasak betul-betul.

Bagi memastikan hidangan kekal sedap, lembut dan selamat dimakan, jom tengok beberapa tip penting tentang cara betul mengendalikan makanan sejuk beku sebelum dimasak.

Baca juga: Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Putih Bersih & Tiada Birat Hitam, Dijamin Berkesan!

CARA BETUL GORENG MAKANAN SEJUK BEKU

1. Jangan terus goreng sebaik keluar dari peti sejuk

Kesilapan paling ramai buat ialah terus masak makanan beku yang baru dikeluarkan dari freezer. Nampak cepat, tapi hasilnya tak sekata kerana bahagian luar garing, dalamnya pula masih sejuk atau mentah.

Cara yang lebih adalah dengan membiarkan makanan pada suhu bilik selama 10 hingga 15 minit sebelum dimasak. Kalau nak cepat, boleh juga rendam dalam air bersuhu bilik, asalkan makanan dibungkus rapat atau dimasukkan dalam bekas kedap air.

Kaedah ini membantu ais cair dengan sekata tanpa menjejaskan tekstur. Bila dimasak nanti, hasilnya lebih lembut, sedap dan masak sempurna, terutama untuk ayam, ikan atau nugget.

2. Simpan semula dalam bekas kedap udara

Ramai yang lepas buka bungkusan makanan beku, terus lipat dan ikat plastik asal sebelum simpan balik dalam peti. Nampak mudah, tapi cara ini boleh buat makanan cepat rosak dan menyerap bau lain.

Sebaiknya pindahkan lebihan makanan ke dalam bekas bertutup rapat. Ia bukan sahaja mengekalkan kelembapan asal, tapi juga mengelakkan masalah ‘freezer burn’, iaitu lapisan ais putih yang buat makanan jadi liat dan hambar.

Walaupun beku, makanan bukan bermaksud boleh tahan selama-lamanya. Pastikan anda guna dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas dibuka supaya rasa dan kualitinya kekal terbaik.

3. Tambah perasa untuk rasa lebih menarik

Kebanyakan makanan sejuk beku memang sudah siap diperap atau diperasakan, tapi tak salah kalau nak tambah sentuhan sendiri. Dengan sedikit kreativiti, ayam goreng beku pun boleh jadi hidangan baru yang lebih menarik.

Contohnya, ayam goreng frozen boleh ditukar jadi ayam geprek dengan tumbuk bersama sambal cili segar. Atau cuba variasi lain seperti ayam sambal, ayam berempah kunyit, mahupun sosej panggang sos madu dan bawang putih.

Gunakan bahan segar seperti serai, daun limau purut, halia atau cili padi untuk naikkan aroma yang wangi dan menggoda. Selain sedap, cara ini juga bantu elak rasa “basi peti” yang kadang muncul pada makanan beku.

Sumber: Kuali

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Lapis Labu Bunga Telang, Bukan Saja Cantik Tapi Rasa Lembut & Berlemak

Kuih lapis labu bunga telang ini bukan sahaja menarik dengan gabungan warna kuning dan biru,…

3 hours ago

Cara Buat Bihun Sup Dengan Sambal Kicap ‘Power’, Ringkas Tapi Sedapnya Tak Terkata!

Kalau tengah cari resepi bihun sup ayam yang mudah tetapi tetap sedap, boleh cuba versi…

4 hours ago

Resipi Sambal Telur Rebus Ini Istimewa, Letak Kerisik Buat Rasanya Lebih Berlemak Ala Rendang

Kalau selalu masak resepi sambal telur rebus yang biasa, apa kata cuba versi yang satu…

5 hours ago

Tips Lempeng Lembut & Berongga Elok, Wanita Ini Kongsi Teknik Mudah Selepas Cuba Sendiri

Nak lempeng yang lembut dengan bahagian belakang berongga? Tips lempeng lembut ini dikongsikan Siti Ifatin…

5 hours ago

Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!

Kalau sedang mencari resepi cucur jagung manis yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan, boleh…

5 hours ago

Resipi Kimchi Mudah Tanpa Masak Pes, Rupanya Cara Ini Dikongsi Oleh Orang Korea Sendiri

Kalau selama ini ingat resepi kimchi mesti kena masak pes terlebih dahulu, rupanya ada cara…

7 hours ago