sambal kacang ikan bilis

Pernah makan Sambal Kacang Ikan Bilis Kering yang dijual dalam paket kecil? Kali ini, kami kongsikan resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah yang hasilnya sungguh sedap.

Selain dimakan dengan nasi panas, sambal ini juga sesuai dijadikan sebagai bekal ke tempat kerja. Tambah telur goreng saja, cukup satu hidangan yang menyelerakan.

NormaisAra Abdul Wahab telah kongsikan resipi Sambal Kacang Ikan Bilis Kering di Facebook yang membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Kentang Yang Pedas Rangup, Ratah Pun Rasa Nikmat!

RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS KERING

sambal kacang ikan bilis

Bahan kisar:

  • 2 genggam cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Bahan goreng:

  • 2 mangkuk ikan bilis
  • 1½ mangkuk kacang tanah

Bahan perasa:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan bilis dan kacang sampai rangup, angkat dan ketepikan.

2. Selepas itu, kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih sampai halus.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Masukkan gula melaka, gula pasir, sos cili, sedikit garam dan air asam jawa.

5. Tumis sampai sambal jadi garing, kering dan betul-betul pecah minyak.

6. Seterusnya, tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika.

7. Setelah sejuk, masukkan ikan bilis dan kacang goreng, kemudian gaul rata.

8. Akhir sekali, simpan sambal dalam botol kedap udara. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: NormaisAra Abdul Wahab

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN