cara bersihkan bekas plastik

Rupa-rupanya, ada teknik mudah dan cara bersihkan bekas plastik yang mempunyai kotoran minyak yang degil. 

Orang kata, minyak dalam masakan itu penambah rasa. Tapi yang penatnya masa kita nak basuh bekas tu nanti. Lagi-lagi kalau kita simpan makanan berminyak itu dalam bekas simpanan plastik.

Baca juga: Tip Elak Minyak Merecik Ketika Masak Sambal, ‘Confirm’ Dapur Tak Kotor Lagi!

Kalau bekas plastik itu setakat bekas plastik biasa yang kita dapat masa kita beli makanan ‘tapau’, tak apalah, kita boleh buang terus. Tapi kalau kita guna bekas yang mahal, takkan kita nak buang pulak, kan?

Mari ikuti perkongsian Hafiza Zanuddin untuk hilangkan kotoran minyak degil pada bekas plastik. 


CARA MUDAH BERSIHKAN BEKAS PLASTIK BERMINYAK

cara bersihkan bekas plastik

Bahan-Bahan:

Cara-Caranya:

1. Masukkan sedikit sabun (tak kisah jenapa apa sekali pun), lepas itu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.

2. Jadilah yang ini hasil campuran. Jangan cuba rasa guna lidah pula lepas letak garam. Saya hampir nak rasa hari itu.

3. Ini lah antara kotoran-kotoran degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas dan jiwa. Walaupun dah basuh.

4. Dalam proses, gambar ini nak cerita, memang sangat mudah tanggal. Love sangat.

cara bersihkan bekas plastik

5. Dah siap. Selepas itu, boleh lah cuba buat macam iklan dekat tv itu, gesel-gesel jari kat bekas. Serius, siap keluar bunyi itu.


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Hafiza Zanuddin

Baca juga: Cara Rebus Spaghetti Tak Putus Dan Melekat, Kena Buat INI Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN