Categories: Tips & Petua

Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan

cairkan daging bekucairkan daging beku

Biasanya orang akan guna cara cairkan daging beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk cair dan boleh dimasak.

Ramai yang merasakan kerja memasak ini boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais.

Baca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!

Betul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Ini 4 cara yang betul yang dikongsikan oleh PHM dengan cara mudah sekaligus elakkan risiko keracunan.


CAIRKAN DAGING BEKU CARA BETUL

cairkan dgaing bekucairkan dgaing beku

1. Letakkan di bahagian chiller peti sejuk

Jika ingin masa untuk lauk tengah hari pada esok hari, letakkan bahan basah beku di dalam chiller peti sejuk sekurang-kurangnya 12 jam. Kaedah ini yang paling mudah dan selamat.  

2. Rendam dalam air pili bersih

Keluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam.

3. Guna fungsi ‘defrost’ dari microwave

Keluarkan daging beku yang ingin dicairkan, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit. 

4. Guna periuk tekanan tinggi

Masukkan daging beku ke dalam pressure cooker. Kemudian, masukkan satu cawan air ke dalam dan setkan masa kira-kira 6 minit untuk defrost. 

Elak Defrost Daging Dengan Cara Ini

  • Letak untuk cair di luar seharian
  • Rendam dalam air panas
  • Masak dalam slow cooker

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? ‘Check’ Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Kampung Ekspres, Campak-Campak Dah Siap!

Jika anda tinggal seorang diri dan mencari menu mudah untuk bersahur, jom MyResipi kongsikan resipi…

4 hours ago

Resipi Cara Berlauk Meriah Inti, Walau Sejuk Tetap Lembut & Sedap!

Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka puasa nanti? Apa kata jom cuba resepi…

4 hours ago

Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup

Apabila makan di kedai, sekali-sekala kita akan pesan minuman seperti Jus Epal Asam Boi yang…

5 hours ago

Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan-Bulan, Kulat Putih Pun Tak Berani Naik

Nak memasak dengan lebih cepat dan mudah, mestilah kena buat cili kisar siap-siap terlebih dahulu.…

5 hours ago

Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

Nasi daging bersama air asam sangat terkenal di negeri utara tanah air. Hidangan ini biasanya…

6 hours ago

Resepi Puding Karamel Simple Tanpa Bau Telur, Hasil Selembut Sutera

Apakah pencuci mulut paling sedap pada bulan Ramadan? Semestinya Puding Karamel. Jika anda buat resepi…

6 hours ago