Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

Nasi daging bersama air asam sangat terkenal di negeri utara tanah air. Hidangan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan atau kenduri-kendara. Namun, sebenarnya ia juga boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Puan Mariana Zainal ada berkongsikan resipi penuh bermula dari nasi daging sampai ke air asam. Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi lengkap di bawah. Dijamin sedap menjilat jari.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Madu Lazat Menjilat Jari, Sedap Sampai 2 Hari Masak Menu Sama

RESIPI NASI DAGING UTARA

Bahan-bahan nasi daging:

  • 1/2 kg daging (boleh tambah lebih jika suka) – Basuh, rebus hingga empuk dan kemudian hiris
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk sup (boleh gantikan dengan 1 ketul kiub pati lembu, tetapi jika tiada, tak perlu letak)
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar (jika tiada, tak perlu)
  • 1 helai daun pandan (simpul; jika tiada, tak apa)
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 4 1/2 cawan air rebusan daging
  • 4 cawan beras basmathi Pusa Gold Jasmine 1121 (basuh dan rendam selama 20-30 minit, kemudian toskan)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 senduk minyak sapi

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia

Kisar semua bahan ini dengan sedikit air.

Cara-cara:

  1. Masukkan air rebusan daging (jika kurang, boleh gantikan dengan air biasa). Sementara itu, sediakan bahan tumisan.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis bersama bahan hiris hingga naik bau dan agak garing. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Masukkan rempah kurma dan serbuk sup. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan susu cair, daun pandan, gula dan garam. Setelah mendidih dan naik minyak, masukkan beras. Kacau sebati selama 1-2 minit, kemudian tutup api.
  4. Masukkan beras yang telah ditumis ke dalam air rebusan daging dalam rice cooker. Masukkan juga daun ketumbar dan tekan butang cook. Apabila nasi sudah mendidih, masukkan daging di permukaan nasi. Tutup periuk nasi dan teruskan memasak hingga nasi masak sepenuhnya. Bila butang naik ke “keep warm”, tekan sekali lagi butang cook.
  5. Setelah nasi masak, kacau menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.

RESIPI AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji cili merah (hiris nipis)
  • 30 biji cili padi (hiris)
  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji tomato (hiris nipis)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sebesar ibu jari belacan (atau 2)
  • 1 biji limau nipis (perah airnya; kalau kecil, tambah sebiji lagi)
  • 1 paket kecil kerisik (lebih sedap kalau buat sendiri)
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan hingga sebati. Gunakan sarung tangan plastik dan ramas-ramas sedikit supaya rasa pedas, masam, masin dan lemak kerisik disatukan dengan sempurna.

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai Paling Pantas, Mudahnya Masak Nasi & Ayam Sekali!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

8 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

9 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

9 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

10 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

11 hours ago