Categories: Resipi

Resipi Nasi Goreng Kampung Ekspres, Campak-Campak Dah Siap!

Jika anda tinggal seorang diri dan mencari menu mudah untuk bersahur, jom MyResipi kongsikan resipi nasi goreng kampung versi ekspres.

Resipi nasi goreng ini bukan sahaja cepat dan mudah disediakan, tetapi juga sedap dan mengenyangkan. Ia juga sesuai dimasak jika terlambat bangun untuk sahur.

Baca juga: Nasi Goreng Butter Telur, Resipi Terlajak Sedap Tapi Cepat Dimasak!

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG EKSPRES

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar sambal belacan
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 genggam ikan bilis goreng (goreng & toskan)
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam
  • Bawang goreng (hiasan)

Cara memasak:

  1. Mula-mula, cincang bawang putih dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang tadi.
  4. Selepas bawang putih sudah sedikit keperangan, masukkan pula sambal belacan. Tambah sedikit air dan gaul sebati.
  5. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau supaya telur menjadi seperti scramble egg.
  6. Selepas itu, masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua bahan bercampur rata.
  7. Hidangkan nasi dalam pinggan dan taburkan bawang goreng sebagai hiasan.
  8. Nasi goreng kampung ekspres sedia untuk dihidangkan.

Video penuh:

@myresipi

Resipi Campak Campak Sahur 1 | Nasi Goreng Kampung Ekspress Bahan-bahan: 1 mangkuk nasi sejuk 1 sudu besar sambal belacan 1 biji telur 1 ulas bawang putih (cincang) 1 genggam ikan bilis goreng (goreng & toskan) Sedikit minyak Sedikit garam Bawang goreng (hiasan) #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #nasigoreng #resepisimple #resepimudah #masukberanda #fypシ゚

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber asli: MyResipi

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Pattaya Ala Thai, Ini Tip Senang Bungkus Telur

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

16 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

17 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

17 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

18 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

20 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

21 hours ago