cairkan daging beku

Biasanya orang akan guna cara cairkan daging beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk cair dan boleh dimasak.

Ramai yang merasakan kerja memasak ini boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais.

Baca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!

Betul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Ini 4 cara yang betul yang dikongsikan oleh PHM dengan cara mudah sekaligus elakkan risiko keracunan.


CAIRKAN DAGING BEKU CARA BETUL

cairkan dgaing beku

1. Letakkan di bahagian chiller peti sejuk

Jika ingin masa untuk lauk tengah hari pada esok hari, letakkan bahan basah beku di dalam chiller peti sejuk sekurang-kurangnya 12 jam. Kaedah ini yang paling mudah dan selamat.  

2. Rendam dalam air pili bersih

Keluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam.

3. Guna fungsi ‘defrost’ dari microwave

Keluarkan daging beku yang ingin dicairkan, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit. 

4. Guna periuk tekanan tinggi

Masukkan daging beku ke dalam pressure cooker. Kemudian, masukkan satu cawan air ke dalam dan setkan masa kira-kira 6 minit untuk defrost. 

Elak Defrost Daging Dengan Cara Ini

  • Letak untuk cair di luar seharian
  • Rendam dalam air panas
  • Masak dalam slow cooker

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? ‘Check’ Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN