Categories: Resipi

Bubur Cha Cha, Lembut Dan Lemak Manis Sampai Makan Berulang Kali

Waktu petang telah pun tiba, tekak teringin pula makan pencuci mulut yang hangat. Dapat makan semangkuk Bubur Cha Cha sekarang pun jadilah.

Pencuci mulut ini merupakan manisan tradisional Baba Nyonya yang telah pun ditambah baik dengan menambah rempah Melayu dan India.

Jika ditanya pencuci mulut hangat yang paling digemari sewaktu jamuan atau kenduri, semestinya ramai akan jawab Bubur Cha Cha.

Nak buat pencuci mulut ini juga tak susah seperti yang disangka, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

RESIPI BUBUR CHA CHA

Bahan-bahan:

  • 100 gm Bubur Cha Cha segera (yang dalam paket di kedai ada jual)
  • 1 keping gula melaka (jika tiada boleh ganti dengan gula biasa)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1 liter air
  • Segenggam sagu
  • Keledek
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Masukkan air, daun pandan dan bubur dalam periuk, masak sehingga mendidih.

2. Masukkan santan, gula, gula melaka dan garam.

3. Kacau sehingga lembut dan masukkan sagu dan keledek.

4. Boleh angkat apabila sudah lembut. Siap untuk dihidang!

Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga sukakan Bubur Cha Cha yang lembut dan cukup lemak manis ini.

Hidangan pencuci mulut yang berwarna-warni seperti ini sudah cukup menarik perhatian ramai untuk memakannya.

Asyik makan pencuci mulut yang dingin saja, sekali-sekala mestilah tekak anda inginkan pencuci mulut yang hangat pula bukan?

Tak puas jika hanya melihat gambar saja, anda harus cuba buat sendiri pencuci mulut ini di rumah. Caranya pun mudah dan jalan kerjanya tak renyah.

Lebih-lebih lagi sekarang minum petang, memang waktu terbaik untuk menikmati pencuci mulut yang sedap.

Pencuci mulut ini sangat sesuai dimakan ketika bersantai bersama keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!

Aimi

Recent Posts

Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!

Resepi Asam Laksa menggunakan ikan sardin dalam tin ini sangat popular. Ia bukan sahaja mudah…

2 hours ago

Cara Buat Kuih Jongkong Perak, Teksturnya Yang Lembut & Berkuah Memang Legend!

Kuih Jongkong Perak adalah kuih yang popular di Perak. Kuih ini juga terkenal dengan lapisan…

4 hours ago

Resipi Ayam Kung Pao, Rasa Pedas & Lemak Pasti Menggoda!

Resepi ayam kung pao salah satu hidangan yang terkenal dalam masakan Cina dan sangat digemari…

4 hours ago

Resipi Sup Sayur Yang Ringan & Cepat Dimasak, Simple Tapi Mengenyangkan!

Resepi sup sayur ini sesuai untuk mereka yang mahu sesuai yang ringkas dan cepat. Sesuai…

5 hours ago

Petua Cuci Kerak Kuali Yang Tebal, Hasilnya Berkilat Macam Baru!

Kuali adalah salah satu alat dapur yang kita gunakan setiap hari, dan pastinya kerak tebal…

22 hours ago

Sambal Tumis Sardin Petai, Rasa Pedas Yang Pastinya Menggoda Selera!

Sambal tumis sardin petai ini adalah gabungan unik rasa pedas, manis, dan sedikit pahit daripada…

23 hours ago