Siapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
BUBUR BUNGA SETAMAN
Siapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.
BAHAN-BAHAN
BAHAN A (BUNGA)
2 sdb tepung pulut
Garam
Air
Perwarna (ikut kesukaan korang)
BAHAN B (KUAH)
Santan kotak
Garam
Air
Gula
Daun pandan
2 sdb tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
Kredit: Azanizan Assaini
CARA PENYEDIAAN
Masukkan tepung pulut kemudian masukkan sedikit garam.
Masukkan air guna sudu sedikit demi sedikit untuk buat doh kelopak warna putih.
- Ulang semula untuk buat doh yang di tengah tetapi hanya guna sesudu sahaja tepung pulut, masukkan sedikit garam dan titiskan sedikit pewarna serta sedikit air.
Setelah siap doh.Buat doh tadi menjadi biji-biji kecil. Lekatkan menjadi sekuntum bunga.
Setelah siap doh bunga tadi, rebus dahulu sekejap seperti rebus buah melaka.
Dah terapung masukkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk.
Satukan semua bahan B dan gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan doh yang sudah direbus tadi. Apabila sudah mendidih, matikan api masukkan air tepung gandum dan kacau cepat-cepat supaya tidak berketul-ketul.
Siap dan boleh dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.