daging bulgogi

Bagi peminat makanan Korea, memang tak sah kalau tak merasa Daging Bulgogi. Jom buat sendiri dengan resipi daripada perkongsian Cik Puan Khadijah Jaafar ini.

Minyak bijan yang digunakan dalam masakan ini tentunya menaikkan aroma hidangan ini. Tetapi, jangan guna secara berlebihan kerana baunya akan mengusai keseluruhan masakan.

Baca juga: Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!

Daging Bulgogi ini juga mempunyai rasa yang manis dan sedikit pedas daripada lada hitam. Memang sesuai makan bersama nasi yang panas beserta kimchi dan rumpai laut yang dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Kecur air liur bila nak terangkan rasa sedap lauk ini. Mari kita lihat cara-caranya.


RESIPI DAGING BULGOGI

Bahan-bahan:

  • 500g daging – hiris nipis
  • 1/1/4 cawan Kicap Soya Cair
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 biji Bawang Besar, hiris
  • 1 sudu besar Gula Perang
  • 1 batang Lobak Merah, hiris halus
  • 1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – optional
  • Sedikit garam
  • Bijan disangai

Cara-cara memasak:

1. Masukkan semua bahan kecuali lobak & tau meu. Perap selama 1-2 jam.

2. Selepas diperap, masak (grill) di dalam kuali non stick dengan sedikit sahaja minyak sehingga masak.

3. Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.

4. Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Daging Bulgogi cara mudah ini. 

Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN