Categories: Resipi

Nasi ‘Termentah’ Masih Boleh Selamat, Tukar Jadi ‘Bubur Nasi’ Semudah ABC Ini!

Nasi separuh masak memang boleh buat kita pening kepala. Situasi macam ini biasa berlaku di dapur rumah, sama ada tersilap sukatan air atau jenis beras yang berbeza.

Daripada terus buang dan membazir, sebenarnya nasi seperti ini masih boleh “diselamatkan” dan diolah menjadi hidangan yang lebih sedap. Salah satu cara paling mudah ialah jadikan bubur nasi atau bubur ayam yang lembut dan mengenyangkan, sesuai dimakan panas-panas.

Menariknya, cara ini bukan sahaja jimat, malah boleh hasilkan menu baru daripada bahan yang sama. Dengan sedikit bahan tambahan di dapur, nasi yang tak jadi tadi boleh bertukar jadi hidangan comfort food yang sedap dan menyelerakan untuk seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Thai Sedap Macam Di Kedai, Bau Tumis Saja Dah Buat Perut Lapar!

NASI SEPARUH MASAK JANGAN BUANG, CUBA RESIPI BUBUR NASI INI

Bahan-bahan:

  • Nasi separuh masak (secukupnya)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Santan (sedikit)
  • Garam secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan sambal kicap:

Bahan sampingan:

  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Kuah sup (jika ada, untuk tambah rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan nasi separuh masak ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak semula sehingga nasi hancur dan menjadi bubur.
  2. Masukkan hirisan halia, isi ayam dan lobak merah. Kacau rata.
  3. Tambahkan sedikit santan, garam dan lada sulah. Teruskan reneh sehingga bubur menjadi pekat mengikut tekstur yang disukai.
  4. Jika terlalu cair, biarkan ia mereneh sehingga sedikit kering dan berkrim.
  5. Untuk sambal kicap, kisar atau tumbuk cili merah, cili hijau, kicap manis dan bawang putih hingga sebati. Sesuaikan rasa ikut selera.
  6. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  7. Hidangkan bubur bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan sedikit kuah sup jika suka.

Sumber: Schaaisya Scha

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago