Categories: Resipi

Resepi Puding Jagung Santan Guna Sukatan Tin Sahaja, Hasil Lembut Berkilat & Tak Berketul

Tengah fikir nak buat pencuci mulut simple tapi sedap? Resepi puding jagung santan ini memang pilihan tepat kerana tak renyah, bahan pun ringkas, tapi hasilnya lembut berkrim dengan rasa lemak santan yang cukup padu.

Paling best, tak perlu pening kepala nak sukat bahan guna gram atau cawan. Semua hanya guna sukatan tin jagung saja, jadi lebih cepat dan praktikal. Sesuai sangat untuk anda yang nak buat dessert last minute atau hidangan santai untuk keluarga.

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur Versi Cup Comel, Resipi Mudah & Jimat Untuk Jamuan Sekolah Anak

RESEPI PUDING JAGUNG SANTAN

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung creamy
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin tepung kastard (guna tin jagung)
  • 3 tin air (guna tin jagung)
  • 500ml santan (boleh guna 2 pek santan kecil)
  • 2 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk tanpa buka api.

2. Kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.

3. Buka api sederhana dan terus kacau tanpa henti.

4. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan nampak berkilat.

5. Bila adunan mula “meletup-letup” kecil, teruskan masak sekitar 10–15 minit.

6. Tutup api dan tuang ke dalam loyang.

7. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti ais.

8. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman sebelum potong.

Tips Penting Supaya Puding Cantik Dan Menjadi

  • Kacau sentiasa untuk elakkan berketul atau hangit di bawah.
  • Gunakan api sederhana sahaja supaya adunan masak sekata.
  • Untuk rasa lebih lemak, boleh tambah sedikit santan.
  • Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk hasil yang cantik.

Kenapa Resepi Puding Jagung Santan Ini Viral?

  • Guna sukatan tin – tak perlu sukat rumit
  • Bahan mudah, semua ada di dapur
  • Tekstur lembut dan creamy
  • Rasa lemak santan yang padu
  • Sesuai untuk dessert keluarga atau jualan

Memang mudah sangat resepi puding jagung santan ini, tapi hasilnya nampak macam beli di kedai. Kalau anda peminat pencuci mulut berasaskan jagung, ini antara resipi wajib simpan dan ulang buat! Sekali cuba, confirm jadi kegemaran satu keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Shafieyda Rosly

Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard, Lembut Berkrim & Warna Kuning Jagung Yang Menawan

Aimi

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

38 mins ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

56 mins ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

2 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago