Solok lada merupakan makanan orang kelantan tapi disukai oleh orang ramai tak kira negeri. Biasanya dimakan bersama nasi kerabu atau dimakan begitu sahaja.
Cuma bila di kedai, tak ramai yang jual. Tak puas makan dibuatnya. Jadi apa kata jim buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh El Musliha Katiman di bawah.
RESIPI SOLOK LADA
Bahan-bahan:
- 15 biji cili besar
- 1/3 biji kelapa ditumbuk
- 2 cawan santan separa pekat
- 3 ekor ikan rebus, buang tulang (tumbuk)
- 4 biji bawang merah (tumbuk)
- 3 biji bawang Putih (tumbuk)
- 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
- Sedikit halia ditumbuk
- 3 helai daun pandan
- Gula dan garam
Cara-cara:
1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
3. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili.
4. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan.
5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok kelihatan dah masak.
Selamat mencuba!
Kredit: El Musliha Katiman