Categories: Resipi

Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!

Rupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.

Hanya perlu menggunakan 4 bahan utama yang mudah untuk didapati iaitu tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila buat sendiri. Jom lihat cara membuat mee kuning hasil perkongsian oleh Puan Nafsiah di bawah ini.

Cara Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • 300gram/1 mangkuk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit untuk pewarna

Cara-cara membuat mee kuning:

  1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian bancuh dengan air suam.
  2. Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan doh kepada 5 atau 6 biji.
  3. Selepas itu, canai dengan menggunakan mesin mee. Naf beli mesin kecil sahaja harga pun murah RM40, beli 5 tahun lepas.
  4. Gelek-gelekkan sebiji demi sebiji doh tadi ke dalam mesin mee. Kalau koyak, taburkan tepung dan buat sampai tidak koyak.
  5. Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.
  6. Bila dah siap semua, rebus mee dengan air panas. Jika sudah timbul, maknanya mee sudah masak. Boleh angkat dan toskan.
  7. Basuh dengan air supaya kanji dekat mee itu hilang. Kemudian boleh goreng mengikut citarasa masing-masing.

Info tambahan:

  • Sukatan tepung gandum mengikut berapa banyak yang mahu dibuat. Satu mangkuk ini boleh dapat hampir 1 kilogram.
  • Resipi ini tidak menggunakan air abu atau air kapur.
  • Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.
  • Jika tiada mesin mee, boleh potong dengan pisau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nafsiah Sakmad

Nasiha

Recent Posts

Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…

37 mins ago

21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…

2 hours ago

Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…

2 hours ago

Tutorial Acuan Kon Apam Cornetto Mini, Buat Siap-Siap Baru Tak Kalut Nanti

Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…

2 hours ago

Resepi Kuih Keria Sedap Teramat, Guna Teknik Ini Confirm Gebu Montok!

Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…

3 hours ago

Resipi Pengat Pisang Manis Berlemak, Makan Waktu Panas-Panas Memang Ngam!

Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau…

4 hours ago