buah sesuai untuk demam

Musim demam yang mula melanda membuatkan badan rasa panas dan tekak kering. Waktu begini, ramai akan cari buah sesuai untuk demam supaya dapat menyejukkan badan secara semula jadi.

Terdapat banyak jenis buah sesuai untuk demam yang kaya dengan vitamin C, antioksidan dan kandungan air tinggi. Oleh itu, ia bagus untuk turunkan suhu badan dan kuatkan sistem imun.

Sekarang tengah musim demam, jadi bolehlah cuba amalkan beberapa jenis buah sesuai untuk demam. Selain bantu redakan panas badan, ia boleh segarkan tubuh dan beri tenaga semula.

Baca juga: Makan Buah Lemba Boleh Kawal Nafsu Minum Manis, Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

5 BUAH SESUAI UNTUK DEMAM

1. TEMBIKAI.

buah sesuai untuk demam

Kredit gambar: timolina dari Freepik

Tembikai terkenal sebagai buah yang tinggi kandungan air, kira-kira 90% daripadanya adalah cecair. Apabila demam, badan mudah kehilangan air, jadi tembikai boleh bantu kekalkan hidrasi.

Selain itu, tembikai juga kaya dengan antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas serta mengurangkan keradangan dalam badan.

2. MANGGA.

buah sesuai untuk demam

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Ramai suka makan mangga semasa sihat, tapi ia bagus juga untuk demam. Mangga mengandungi vitamin C, serat dan kalori yang membantu beri tenaga semasa badan sedang lemah.

Tapi, elakkan mangga yang terlalu masam atau manis. Pilih yang sederhana rasa untuk mengelakkan perut jadi tak selesa.

3. AIR KELAPA.

buah sesuai untuk demam

Kredit gambar: jcomp dari Freepik

Air kelapa adalah pilihan semula jadi terbaik untuk turunkan suhu badan. Selain menyegarkan, ia juga kaya dengan elektrolit penting seperti potasium yang membantu menggantikan cecair dan mineral hilang akibat peluh atau buang air. Pilih air kelapa muda yang segar tanpa gula tambahan untuk kesan terbaik.

4. PISANG.

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Jika selera makan dah menurun, pisang boleh jadi pilihan mudah. Teksturnya lembut, mudah dicerna dan kaya dengan vitamin serta mineral penting.

Tambahan pula, pisang juga membantu mengembalikan tenaga dan mengurangkan tekanan pada tubuh ketika demam.

5. LIMAU.

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Buah sitrus seperti limau memang terkenal sebagai pelindung semula jadi semasa demam. Vitamin C dalam limau bantu menguatkan sistem imun dan mempercepatkan proses pemulihan.

Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam limau membantu menyejukkan badan. Anda juga boleh gantikan dengan buah lain seperti kiwi atau strawberry yang sama kaya dengan vitamin C.

Buah-buahan boleh menyejukkan badan dan mempercepatkan proses pemulihan secara semula jadi. Jika demam berlarutan lebih dua atau tiga hari, dapatkan nasihat doktor untuk pastikan punca sebenar dan rawatan yang betul.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mstar

Baca juga: Khasiat Limau Purut Rupanya Boleh Redakan Sakit Gigi, Saiz Kecil Tapi Kaya Manfaat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN