bahaya makan jeruk mangga

Orang Malaysia cukup suka jeruk mangga yang terkenal dengan rasa masam, manis dan rangup? Tapi sebenarnya, ada bahaya makan jeruk mangga secara berlebihan.

Sesetengah jeruk mangga yang dijual di pasaran mengandungi bahan tambahan yang tak selamat jika diambil secara berlebihan. Oleh sebab itu, ia tak digalakkan untuk makan selalu.

Baca juga: 3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging & Ikan, Sesuai Jadi Idea Lauk Harian!

SEBAB BAHAYA MAKAN JERUK MANGGA BERLEBIHAN, ADA IBU GULA ATAU SACCHARIN

bahaya makan jeruk mangga

Kredit gambar: Lazada

Salah satu bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan rasa manis pada jeruk mangga ini ialah saccharin atau lebih dikenali dengan nama tempatan ‘ibu gula’.

Saccharin ialah sejenis pemanis tiruan yang digunakan secara meluas kerana ia jauh lebih manis daripada gula biasa dan kosnya lebih murah. Banyak penjual jeruk menggunakannya untuk menarik pelanggan dengan rasa yang lebih kick dan tahan lam.

Di sebalik kesedapan itu, penting untuk kita tahu bahawa bahaya makan jeruk mangga yang terlalu manis. Bukan sekadar sedap di lidah, tapi boleh mengusik organ dalaman dalam diam.

KESAN SAMPINGAN MAKAN JERUK MANGGA YANG MENGANDUNGI IBU GULA

bahaya makan jeruk mangga

Kredit gambar: Lazada

1. Peningkatan risiko obesiti dan diabetes.

2. Beban pada buah pinggang dan hati.

3. Peningkatan risiko kanser otak.

4. Lebih mudah kena cirit-birit.

5. Badan cepat menjadi lelah.

CARA UNTUK ELAKKAN DARIPADA TERJADI

1. Buat jeruk buatan sendiri di rumah tanpa memasukkan bahan tambahan.

2. Elakkan membeli jeruk yang terlalu manis, warna terlalu cerah atau berkilat melampau.

3. Jika beli produk berbungkus, baca label dan cari perkataan seperti sodium saccharin, pemanis tiruan atau ibu gula.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Lazada

Sumber: malayan.secret.so

Baca juga: 5 Jenis Ikan Kering Yang Popular Sebab Sedap, Tapi Tak Boleh Makan Selalu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN