Categories: Infomasi

Senarai Buah Dalam Tin, Sama Manis Dan Sedap Macam Buah Baru Dikupas!

Buah dalam tin adalah pilihan yang popular untuk menikmati sepanjang tahun tanpa mengira musim. Kalau tiba-tiba nak makan buah, boleh sahaja pilih buah dalam tin ini.

Kebiasannya, dalam tin ini akan dibuat sebagai menu untuk koktail atau untuk air perisa buah-buahan. Meskipun, dalam tin tapi rasa dan tekstur buah ini tidak berubah.

Selain itu, buah ini juga sesuai untuk diletakkan dalam makanan dan memudahkan kerja memasak seperti ikan tiga rasa yang memerlukan buah nenas. Hanya beli nenas yang dalam tin dan tambah dalam masakkan. Mudahkan?

Jom kita tengok jenis buah-buahan dalam tin.

Baca juga: Perut Kembung Seharian? Minum Air Ini Untuk Cepat Lega!

7 JENIS BUAH DALAM TIN

1. Nenas

Tak perlu lagi susah-susah nak kupas nenas, beli sahaja yang siap dalam tin macam gambar di atas ini. Anda juga boleh pilih nak yang berbentuk bulat atau kiub.

Banyak lagi pilihan jenama yang ada di kedai untuk anda pilih.

2. Laici

Laici adalah buah tropika yang kaya dengan nutrien dan juga merupakan sumber vitamin C serta antioksidan yang sangat baik. Selain itu, laici mempunyai keupayaan anti-radang dan kardioprotektif.

Laici memiliki rasa yang manis dan sering dimakan segar atau dalam bentuk tin. Yang dalam tin ini juga sesuai untuk dibuat aiskrim dan jus.

3. Longan

Longan atau nama saintifiknya Dimocarpus longan adalah tumbuhan berbungan daripada keluarga Sapindaceae iaitu sama dengan buah rambutan dan laici.

Data daripada Jabatan Pertanian Malaysia iaitu pada tahun 2019 adalah hasil pengeluaran buah longan dicatatkan sebanyak 1,425 tan metrik.

4. Pic

Kepada peminat pic, tahukah yang buah ini mempunyai banyak khasiat dan nutrisi yang tersendiri.

Sepertinya, meningkatkan sistem imun dan bersifat antiradang, meningkatkan kesihatan jantung, kurangkan risiko kanser dan bagus untuk kulit.

5. Apricot

Apricot ini kaya dengan mineral dan vitamin yang bermanfaat untuk tubuh badan. Ia juga mengandungi vitamin A, C E dan K serta beberapa nutrien lain.

Ini juga makanan yang berkalori rendah mengandungi 48 kalori untuk setiap 100 gram.

6. Pir

Pir dalam tin adalah lazat dan manis. Ia mengandungi pelbagai vitamin, selulosa dan boleh membantu memperbaiki sembelit, menggalakkan penghadaman.

Sumber: Myweekendplan

Baca juga: 5 Port Sarapan Sekitar Kuala Lumpur, Kena Dengan Tekak Orang Melayu!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago