Waktu petang telah pun tiba, tekak teringin pula makan pencuci mulut yang hangat. Dapat makan semangkuk Bubur Cha Cha sekarang pun jadilah.
Pencuci mulut ini merupakan manisan tradisional Baba Nyonya yang telah pun ditambah baik dengan menambah rempah Melayu dan India.
Jika ditanya pencuci mulut hangat yang paling digemari sewaktu jamuan atau kenduri, semestinya ramai akan jawab Bubur Cha Cha.
Nak buat pencuci mulut ini juga tak susah seperti yang disangka, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan air, daun pandan dan bubur dalam periuk, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan santan, gula, gula melaka dan garam.
3. Kacau sehingga lembut dan masukkan sagu dan keledek.
4. Boleh angkat apabila sudah lembut. Siap untuk dihidang!
Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga sukakan Bubur Cha Cha yang lembut dan cukup lemak manis ini.
Hidangan pencuci mulut yang berwarna-warni seperti ini sudah cukup menarik perhatian ramai untuk memakannya.
Asyik makan pencuci mulut yang dingin saja, sekali-sekala mestilah tekak anda inginkan pencuci mulut yang hangat pula bukan?
Tak puas jika hanya melihat gambar saja, anda harus cuba buat sendiri pencuci mulut ini di rumah. Caranya pun mudah dan jalan kerjanya tak renyah.
Lebih-lebih lagi sekarang minum petang, memang waktu terbaik untuk menikmati pencuci mulut yang sedap.
Pencuci mulut ini sangat sesuai dimakan ketika bersantai bersama keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Eniza M. Salim
Baca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…