Categories: Tips & Petua

Botol Sos Comot Dan Kerap Meleleh? Ikut TIP Mudah Ini

Rasa jengkel sangat bila tengok botol sos selalu comot dan meleleh setiap kali pakai untuk memasak. Mesti mak-mak pun mempunyai perasaan yang sama kan?

Kadang-kadang niat kita untuk menggunakan sos terbantut apabila melihat keadaan botol dengan lelehan sos. Apabila memegang botol yang sudah berlemuih, sudah tentu sisa-sisa sos ini akan terkena pada tangan dan kita berasa tidak selesa.

Baca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan

Selain itu, sos yang meleleh pada bahagian luar botol juga terdedah dengan persekitaran sebelum menjadi kering. Jadi, sedikit sebanyak kita merasa khuatir sama ada sos berkenaan masih selamat digunakan atau sudah tercemar.

Bagi mengatasi masalah leher botol sos menjadi comot,  @awangdapur telah berkongsi dua tip di TikTok yang berguna kepada untuk elakkan botol sos comot kembali.


TIP ELAK BOTOL SOS COMOT DAN MELELEH

1. Buat ‘baju’ pada leher botol menggunakan pad kapas

Pertama sekali, basuh permukaan botol jika terdapat kesan comot pada permukaan luar botol sos. Ambil pad kapas dan lipat beberapa kali sehingga menjadi kecil.

Kemudian, ambil bahagian bucu lipatan dan letakkan pada bahagian tengah mulut botol sos. Hal ini adalah untuk membantu kita membuat anggaran saiz mulut botol tadi pada lipatan tisu tadi.

Selepas membuat anggaran, potong tisu mengikut anggaran jejari pada muncung botol. Setelah selesai memotong tisu, ambil bahagian luaran sahaja.

Akhirnya, sarungkan tisu ‘baju‘ tadi pada muncung botol sos terbabit. Dengan ini, sos tidak akan terpalit pada keseluruhan badan botol.

Jika tisu tersebut sudah terlalu kotor dan comot, anda boleh melakukan langkah yang sama untuk menggantikan ‘baju’ pada bahagian tersebut.

2. Trik semasa menuang sos 

Semasa menuangkan sos dari botol, pastikan anda memusingkan botol tersebut. Dengan ini lebihan sos tidak akan meleleh pada badan botol sos.

Dengan memutarkan botol sos, anda juga dapat memastikan semua sos dapat dituang pada tempat yang sepatutnya dan tidak membazir.

Video penuh:


Semoga bermanfaat tip ini buat semua.

Baca juga: Tip Beli Peti Sejuk Baru, Ini Benda Penting Yang Anda Kena Tahu

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

25 mins ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

1 hour ago

Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!

Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…

2 hours ago

Kilang Ayam Tak Patuh Syarak ‘Diserbu’, Proses 40,000 Ekor Sehari! Mufti Jelaskan Hukum Jika Pernah Termakan

Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…

4 hours ago

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

3 days ago