Blueberry Cream Cheese Danish

Pencuci mulut Blueberry Cream Cheese Danish ini memang sangat comel dan cantik kejadiannya bila dilihat dari gambar. 

Hanya mengunakan beberapa bahan seperti cream cheese, blueberry dan esen vanila dapat menghasilkan pastri yang lazat ini. Anda juga boleh menggantikan blueberry dengan buah beri lain.

Baca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!

Resipi ini hanya menggunakan enam bahan sahaja, dan sesuai disajikan ketika juadah petang mahupan majlis keramaian. Memang nampak estetik dan elegan gitu.

Ikuti resipi dari perkongsian Mr. Ali dari Facebook ini. Selain resipi ini, ada pelbagai lagi resipi dan tips pastri yang menarik dari beliau yang anda boleh cuba. 


RESIPI BLUEBERRY CREAM CHEESE DANISH 

Bahan-bahan:

  • 2 sheet instant puff pastry (saya pakai saiz 8”)
  • 200g cream cheese
  • 35g gula
  • Gula icing
  • Buah blueberry
  • Kuning telur

Cara-cara penyediaan:

1. Potong puff pastry kepada empat bahagian dalam 1 sheet. Puff pastry potong sejuk-sejuk lagi mudah.

 

2. Simpulkan ikut cara dalam di bawah.

3. Sapukan telur kuning.

4. Isikan dengan cream cheese yg sudah disebatikan dengan gula.

5.  Letakkan blueberry.

6. Bakar selama 30 minit, suhu 170, api atas bawah atau mengikut kesesuaian oven anda.

7. Tunggu suam baru ayakkan dengan gula icing.

8. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Blueberry Cream Cheese Danish ini. Memang nampak sedap kejadiannya.

Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN