Categories: Resipi

Resipi Biskut Jejari Oat Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

Bagi anda yang tengah cari idea biskut mudah tapi sedap, resipi jejari oat ini memang wajib cuba. Gabungan rasa coklat dan badam dalam setiap gigitan pasti buat sesiapa sahaja tak berhenti mengunyah. Bukan saja rangup, tapi bau wanginya memang cukup memikat selera.

Rahsia biskut ini jadi lebih istimewa adalah penggunaan minyak sapi yang buatkan teksturnya cair di mulut. Paling best, cara nak buat pun sangat senang dan tak renyah. Sesuai sangat untuk dijadikan stok kudapan anak-anak di rumah atau buat hidangan tetamu pada hari raya.

Baca juga: Biskut Cracker Coklat Nestum, Kuih Raya Simple Tanpa Guna Oven!

RESIPI BISKUT JEJARI OAT

Bahan-bahan:

  • 250g mentega (buttercup) atau marjerin
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan oat (dikisar halus)
  • 2 sudu besar badam nib

Bahan salutan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan mentega, minyak sapi dan gula aising ke dalam bekas. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan serbuk koko dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Masukkan oat yang telah dikisar, tepung jagung, tepung beras dan badam nib.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak keras.
  5. Ambil sedikit adunan, gelek dan tekap menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 150°C – 165°C selama 25 hingga 30 minit (bergantung kepada suhu oven masing-masing).
  7. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
  8. Golekkan biskut ke dalam campuran susu tepung dan gula aising (nisbah 2:1) sehingga rata sebelum disimpan ke dalam balang.

Sumber: Lea Ziryllia

Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

12 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

12 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

13 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

14 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

15 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

16 hours ago