
Jika anda mencari resipi biskut yang mudah, sedap dan tidak menggunakan oven, biskut cracker coklat nestum adalah pilihan yang tepat! Selain mudah dibuat, biskut ini juga sangat menjimatkan.
Dengan hanya beberapa bahan asas seperti coklat, biskut tawar dan nestum, anda sudah boleh menghasilkan kuih raya yang sedap tanpa perlu berbelanja besar.
Menariknya, resipi ini tidak memerlukan oven, jadi sesiapa sahaja boleh mencubanya, termasuk mereka yang tidak mempunyai oven di rumah.
Baca juga: Resipi Cornflakes Crunchy Yang Disukai Ramai, Rangup & Tak Jemu Makan!
RESEPI BISKUT CRACKER COKLAT NESTUM

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 250 gram dark coklat
- 250 gram milk coklat
- Biskut tawar kecil
- Nestum
Cara-cara:
- Campurkan dark coklat dan milk coklat, kemudian cairkan menggunakan teknik double boiling.
- Setelah coklat sudah cair, kacau agar sebati.
- Ambil biskut tawar kecil dan celupkan ke dalam coklat sehingga keseluruhannya disaluti coklat.

- Selepas dicelup dalam coklat, segera gulingkan biskut dalam nestum hingga seluruh permukaan biskut disaluti.

- Susun biskut di atas dulang atau kertas minyak supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya biskut kekal rangup dan tahan lebih lama.
Sumber resipi dan gambar: Puan Eha
Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














