
Bagi anda yang tengah cari idea biskut mudah tapi sedap, resipi jejari oat ini memang wajib cuba. Gabungan rasa coklat dan badam dalam setiap gigitan pasti buat sesiapa sahaja tak berhenti mengunyah. Bukan saja rangup, tapi bau wanginya memang cukup memikat selera.
Rahsia biskut ini jadi lebih istimewa adalah penggunaan minyak sapi yang buatkan teksturnya cair di mulut. Paling best, cara nak buat pun sangat senang dan tak renyah. Sesuai sangat untuk dijadikan stok kudapan anak-anak di rumah atau buat hidangan tetamu pada hari raya.
Baca juga: Biskut Cracker Coklat Nestum, Kuih Raya Simple Tanpa Guna Oven!
RESIPI BISKUT JEJARI OAT

Bahan-bahan:
- 250g mentega (buttercup) atau marjerin
- 2 sudu besar minyak sapi
- 3/4 cawan gula aising
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan oat (dikisar halus)
- 2 sudu besar badam nib
Bahan salutan:
- Susu tepung
- Gula aising
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan mentega, minyak sapi dan gula aising ke dalam bekas. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan serbuk koko dan kacau lagi sehingga rata.
- Masukkan oat yang telah dikisar, tepung jagung, tepung beras dan badam nib.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak keras.
- Ambil sedikit adunan, gelek dan tekap menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.
- Bakar dalam oven pada suhu 150°C – 165°C selama 25 hingga 30 minit (bergantung kepada suhu oven masing-masing).
- Biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
- Golekkan biskut ke dalam campuran susu tepung dan gula aising (nisbah 2:1) sehingga rata sebelum disimpan ke dalam balang.
Sumber: Lea Ziryllia
Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














