Kalau sebut sahaja biskut raya, mesti ramai yang teringat kuih klasik yang wajib ada setiap tahun. Biskut Arab Suji antara pilihan popular kerana teksturnya lembut, rapuh dan manis sederhana.
Resipi ini mudah sangat dan bahan pun senang didapati. Sesuai untuk pemula atau yang nak buat biskut cepat untuk anak-anak, anda hanya perlu gentel-gentel doh, bakar dan siap.
Berikut perkongsian resipi yang pasti menjadi kegemaran keluarga!
Baca juga: Biskut Cornflakes Madu Rangup & Manis, Kuih Raya Paling Senang Buat & Paling Cepat Habis!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Cairkan minyak sapi, biar sejuk seketika.
2. Campurkan minyak sapi dengan gula halus, gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum, uli hingga menjadi doh lembut.
4. Ambil doh menggunakan sudu kecil, gentel menjadi bulat kecil.
5. Letakkan hirisan ceri di tengah sebagai hiasan.
6. Sapu marjerin pada loyang, susun biskut di atasnya.
7. Bakar pada suhu 150°C selama 15 minit atau hingga masak.
Tip Untuk Biskut Arab Suji Cantik Dan Sedap
Biskut Arab Suji ini memang sesuai dijadikan kuih raya wajib. Senang dibuat, sedap dimakan, dan pasti jadi kegemaran tetamu. Cubalah buat sendiri di rumah, sekali makan confirm habis!
Selamat mencuba!
Sumber: Aradeela Nasa
Baca juga: Resepi Biskut Almond London Sukatan Mudah, Biskut Raya Paling Cepat Habis Dalam Balang!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…