Jika anda merupakan anak peneroka Felda, pasti pernah makan Bingka Kelapa Sawit yang sangat sedap. Sebenarnya, cara membuat kuih legend ini sangat mudah dan ringkas.
Kelapa sawit sangat popular ditanam di Malaysia. Bukan saja untuk hasilkan minyak sawit, malah ada juga yang buat kuih dengannya seperti Bingka Kelapa Sawit.
Bingka Kelapa Sawit merupakan antara kuih lama yang mempunyai rasa lemak manis dan berbau harum kerana dibuat menggunakan kelapa sawit yang direbus sehingga lembut.
Jika belum pernah makan kuih klasik ini, pasti teringin tahu bagaimanakah rasanya. Jadi, tak rugi untuk cuba sekali seumur hidup kerana kesedapannya sampai bila-bila boleh teringat.
Oleh itu, kami nak ajak anda membuatnya di rumah mengikut resipi yang dikongsikan oleh Jamilah Yusuff Qaisaranajib di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Bingka Ubi Kayu, Begini Caranya Untuk Dapat Kerak Luar Yang Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rebus sawit sehingga lembut dan biarkan sejuk sedikit.
2. Setelah agak suam-suam, leraikan dari bijinya dan kisar dengan sedikit air saja. Kemudian, perah dan ambil patinya.
3. Selepas itu, campurkan tepung gandum, telur, gula pasir, santan kotak, garam bersama pati sawit tadi dan kisar sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
5. Akhir sekali, boleh bakar mengikut suhu oven masing-masing sehingga masak. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!
Bingka Kelapa Sawit sangat sedap dimakan ketika panas-panas. Dulu-dulu, orang selalu buat kuih ini sebagai minum petang yang lazat.
Lebih-lebih lagi apabila dapat makan bahagian kerak yang garing di sekelilingnya, boleh membuat selera terangkat dan rasa lemak manisnya cukup membangkitkan nostalgia.
Selamat mencuba!
Sumber: Jamilah Yusuff Qaisaranajib
Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli
Siapa di sini yang masih ada masalah semasa menggoreng bihun? Jangan risau, kali ini kami…
Pelbagai makanan memberi kenangan indah terutamanya sewaktu zaman kanak-kanak. Paling seronok, kami terjumpa cara buat…
Hidangan ikan masak air asam ini cukup menyelerakan dan sesuai untuk seisi keluarga terutama ketika…
Sambal telur mata adalah hidangan yang sederhana, tapi mampu membuatkan kita makan nasi bertambah. Dinikmati…
Buah delima memang terkenal dengan rasa manis yang unik dan banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan,…
Jika anda teringin menu yang senang dan tidak berat, cubalah resipi sup telur pecah atau…