Hidangan ikan masak air asam ini cukup menyelerakan dan sesuai untuk seisi keluarga terutama ketika seseorang sedang demam atau dalam pantang.
Namun begitu, anda disarankan untuk menggunakan ikan yang segar supaya rasa lebih enak serta hidangkan bersama nasi putih panas, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai hidangan lengkap.
Bukan susah untuk menyediakan satu menu yang kaya dengan rasa masam, manis, dan sedikit pedas yang cukup memikat. Jom cuba!
Baca lagi: 5 Cara Pilih Buah Delima Yang Berkualiti & Rasa Manis, Confirm Anda Puas Hati!
Bahan-Bahan Utama:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ikan dan perap dengan garam serta serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga keperangan. Ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.
4. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan biji sawi (jika digunakan) sehingga layu dan naik bau.
5. Masukkan air asam jawa, air secukupnya, serbuk kunyit, cuka, kicap manis, garam, dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan bahan hiasan seperti bawang merah hiris, cili merah, cili padi, dan tomato (jika menggunakan). Biarkan bahan-bahan ini layu sedikit dalam kuah.
7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Gaul perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
8. Biarkan kuah mendidih perlahan selama 5 minit supaya rasa meresap ke dalam ikan.
9. Sebelum tutup api, taburkan daun sup yang telah dihiris untuk aroma segar.
10. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Baca lagi: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…