Pelbagai makanan memberi kenangan indah terutamanya sewaktu zaman kanak-kanak. Paling seronok, kami terjumpa cara buat Mee Goreng Bungkus seperti zaman 90-an.
Cara buat Mee Goreng Bungkus ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook yang sangat legend dengan menggunakan stail orang lama. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Mee Goreng Mamak Ala Melayu, Hidang Depan Suami Terus Kena Puji
Bahan-bahan:
Bahan-bahan perencah:
Bahan-bahan sayur:
Bahan-bahan lauk:
Bahan-bahan tambahan:
Cara-cara buat mee goreng bungkus:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak bawang putih, kemudian tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga sedikit kekuningan.
2. Selanjutnya, tumis bawang merah. Setelah naik bau, masukkan satu sudu kecil ibu sambal klasik cili boh.
3. Masukkan bahan-bahan perencah bersama lauk. Tambah air sebanyak 200ml dan biar lauk masak dulu sekejap.
4. Sementara itu, leraikan mi kuning dan lalukan bawah air seketika untuk hilangkan rasa pahit payau kapur.
5. Masukkan ke dalam kuali dan kacau-kacau. Nak rupa mi cantik, jangan tikam mi atau patah-patahkan guna sudip.
6. Selepas itu, tutup dengan penutup periuk untuk proses mi melembut dengan menggunakan api paling kecil saja dan balikkan sesekali.
7. Selepas mi melembut lebih kurang 6 hingga 8 minit, boleh masukkan sawi dan cili dahulu dan balik-balikkan seminit. Guna api sederhana besar semasa akhir masakan ini.
8. Kemudian, masukkan taugeh dan tomato, lalu terus ditutup api. Tak payah tunggu lama sebab nanti tak sedap kalau sayur masak terlebih masa.
9. Nak bungkus stail lama dulu, boleh guna pelapik plastik alas surat khabar saja. Tak payah guna kertas coklat pun tak mengapa. Letakkan dua sudip mi yang masih panas berasap, potongan limau nipis dan sedikit bawang putih goreng supaya lebih wangi.
10. Akhir sekali, bungkus seketika lebih kurang 15 minit. Siap untuk dibuka dan dinikmati!
Cara buat Mee Goreng dengan membungkusnya seperti ini boleh menggamitkan nostalgia. Walaupun rupanya seperti pucat dan kehabisan kicap, namun rasanya tetap klasik.
Selamat mencuba!
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Mee Siam Goreng Singapore, Kering-Kering Begini Buat Selera Terangkat!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…