bihun soto

Bihun Soto Ayam SIMPLE Dan Senang Nak Buat, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

Resipi ni bukan biasa-biasa ye. Kuah soto ni memang letops! Kuah bukan macam kuah sup biasa.

Ini soto kuah pekat rasa rempah. Boleh tambah begedil dan buat cili kicap dia sekali. Baru makan tak cukup sepinggan nanti. Hidang panas-panas lagi sedap weh!

Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!

Hidangan ni memang sangat popular di negara seberang, sampaikan ramai orang Malaysia yang tergila-gilakan menu ni. Kalau ada majlis rumah terbuka, lagi-lagi di Hari Raya ni, hidangan soto ni lah antara menu yang paling ramai orang buat.

Korang kena cuba soto ayam yang di kongsikan oleh Cik Puan Ruby Aretull ni. Super sedap!


RESIPI BIHUN SOTO AYAM 

bahan bihun soto

Bahan rempah (4 sekawan)

  • Kulit kayu Manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih

Bahan tumis – kisar halus

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Buah keras

Bahan rempah:

  • Rempah kurma 2 sudu besar
  • Rempah sup 1 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Lada putih 1 sudu besar

Bahan lain:

  • Serai ketuk
  • Lengkuas ketuk
  • Minyak 1 cawan
  • Air bajet 3liter air

Cara-cara kuah soto:

1. Tumis 4 sekawan,serai dan lengkuas, masuk bahan dikisar.

2. Tumis sampai wangi dan pecah minyak masukkan rempah, tumis sampai masak baru letak air kemudian baru masukkan ayam.

3. Perasakan dengan garam atau kiub ayam ikut citarasa.

4. Dah mendidih,ayam pun dah masak angkat. Kita goreng kejap ayam, kalau carik-carik anak tak makan. 

5, Sedia untuk dimakan!

bihun soto


Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN