lemang katak

Semasa musim perayaan, salah satu hidangan yang paling dinantikan adalah lemang. Namun, apa yang berlaku menjadi mimpi ngeri apabila mendapati seekor katak di dalam lemang yang sudah dimakan. 

Baru-baru ini, telah tular di laman sesawang Facebook apabila seorang individu telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan apabila dia dan keluarganya terbeli lemang ‘katak’.

TULAR VIDEO LEMANG INTI KATAK

Cerita itu bermula dengan penceritaan yang sering tular tentang makanan tradisional ini, tapi akhirnya nasib tidak menyebelahi mereka apabila mengalami peristiwa yang sama. Lagi malang apabila mereka sudah hampir selesai makan sebelum menemui katak di hujungnya.

Baca juga: 5 Port Kedai Makanan Laut Di Kuantan, Dijamin Semuanya Segar-Segar!

Video yang tular ini juga disertai dengan pesanan berhati-hati kepada semua orang yang membeli lemang, agar lebih berwaspada dan memeriksa dengan teliti sebelum makan. 

Individu tersebut juga turut berkongsi bahawa mereka sering membeli lemang dari sebuah warung tersebut setiap kali perayaan sebelum membawa pulang dua batang lemang ke Kuala Lumpur.

Meskipun kejadian itu tidak menyenangkan namun individu tersebut memaafkan tuan kedai dan menitipkan pesanan supaya yang lain berhati-hati. Kejadian ini juga menjadi akar ingatan kepada peniaga lain supaya menjaga kualiti makanan yang dijual.

lemang katak

Sumber: Ori San

Baca juga: 6 Resipi Sarapan Bayi, Sesuai Untuk Ibu Yang Bekerja

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN