Setiap kali bercuti ke Indonesia, ramai yang takkan lepaskan peluang untuk merasai bakso di sana. Jika rindu, anda boleh buat sendiri Bihun Bakso yang sangat ringkas di rumah.
Hidangan ini bukan saja popular di Indonesia, malah orang Malaysia juga cukup menyukainya terutama mereka yang gemar makanan berkuah dan berasaskan daging.
Nak buat Bihun Bakso ini tak susah mana pun, ikut saja langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Nur Haziqah di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!
Bahan-bahan kuah:
Bahan-bahan sambal kicap:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara membuat kuah:
1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang putih, buah keras, halia dan lada hitam sampai halus.
2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
3. Kemudian, masukkan air, gula, garam dan meatball.
4. Akhir sekali, biarkan masak sampai mendidih. Siap!
Cara-cara membuat sambal kicap:
1. Mula-mula, kisar semua bahan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, masak dalam kuali sampai pekat. Siap!
Paling sedap nikmati Bihun Bakso ini secara hangat, lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Apabila hirup kuahnya, badan yang penat seharian bekerja pun jadi segar dibuatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Haziqah
Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…