Categories: Informasi

Kod Nombor Pada Minyak Paket & Botol Ada Maksud Tersendiri, Nampak Sama Tapi Ada Bezanya!

Ramai yang ingat minyak masak paket dan minyak masak botol sama sahaja, cuma beza pada pembungkusannya. Sebenarnya, ada perbezaannya yang ramai tak tahu.

Kalau perasan, pada botol atau paket minyak masak ada nombor kod dalam bulatan. Nombor ini menunjukkan gred dan kualiti minyak tersebut.

Jadi, tak bolehlah kita anggap semua minyak masak sama. Ada kod tertentu yang lebih sesuai untuk memasak. Ada juga yang lebih elok digunakan untuk suhu rendah.

Baca juga: Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!

Maksud Kod Nombor Pada Minyak Masak Paket Dan Botol

Jom kita tengok maksud nombor kod pada minyak masak di bawah:

CP6 – Minyak masak lebih sihat kerana mengandungi vitamin E dan tocotrienols. Kurang berbuih, makanan pun lebih sedap. Sesuai digunakan untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.

CP7 – Mengandungi asid lemak yang lebih tinggi. Minyak mudah berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng.

CP8 – Minyak cepat berbuih dan mudah bertukar warna menjadi hitam. Tidak sesuai digunakan berulang kali.

CP10 – Minyak paket gred rendah, cepat berkeladak dan kurang berkualiti. Sebab itu minyak paket dijual lebih murah kerana mendapat subsidi.

Tips guna minyak masak dengan betul:

  • Jangan guna minyak berulang kali, lebih-lebih lagi bila minyak dah bertukar warna.
  • Elakkan guna minyak yang mengeluarkan asap banyak ketika dipanaskan.
  • Jika minyak sudah jadi likat atau berkeladak, lebih baik dibuang.
  • Minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan berdarah (contohnya ayam, daging, ikan) hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ini kerana darah boleh meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak dalam minyak.

Jangan Buang Minyak Terpakai!

Kalau ada minyak terpakai yang banyak, jangan terus buang ke sinki. Kumpulkan minyak tersebut kerana boleh dijual semula pada harga sekitar RM3.20++ sekilo. Minyak masak recycle ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Jadi, tak adalah rasa membazir walaupun hanya guna sekali sahaja

Sumber: Safura Zakaria

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!

Wan N

Recent Posts

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

2 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

3 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

3 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

3 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

4 hours ago

Ikan Masak Kicap Nampak Biasa, Tapi Rasa Kuahnya Memang Boleh Buat Ketagih!

Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis…

4 hours ago