
Ramai yang ingat minyak masak paket dan minyak masak botol sama sahaja, cuma beza pada pembungkusannya. Sebenarnya, ada perbezaannya yang ramai tak tahu.
Kalau perasan, pada botol atau paket minyak masak ada nombor kod dalam bulatan. Nombor ini menunjukkan gred dan kualiti minyak tersebut.
Jadi, tak bolehlah kita anggap semua minyak masak sama. Ada kod tertentu yang lebih sesuai untuk memasak. Ada juga yang lebih elok digunakan untuk suhu rendah.
Baca juga: Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!
Maksud Kod Nombor Pada Minyak Masak Paket Dan Botol

Jom kita tengok maksud nombor kod pada minyak masak di bawah:
CP6 – Minyak masak lebih sihat kerana mengandungi vitamin E dan tocotrienols. Kurang berbuih, makanan pun lebih sedap. Sesuai digunakan untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.
CP7 – Mengandungi asid lemak yang lebih tinggi. Minyak mudah berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng.
CP8 – Minyak cepat berbuih dan mudah bertukar warna menjadi hitam. Tidak sesuai digunakan berulang kali.
CP10 – Minyak paket gred rendah, cepat berkeladak dan kurang berkualiti. Sebab itu minyak paket dijual lebih murah kerana mendapat subsidi.
Tips guna minyak masak dengan betul:
- Jangan guna minyak berulang kali, lebih-lebih lagi bila minyak dah bertukar warna.
- Elakkan guna minyak yang mengeluarkan asap banyak ketika dipanaskan.
- Jika minyak sudah jadi likat atau berkeladak, lebih baik dibuang.
- Minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan berdarah (contohnya ayam, daging, ikan) hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ini kerana darah boleh meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak dalam minyak.
Jangan Buang Minyak Terpakai!
Kalau ada minyak terpakai yang banyak, jangan terus buang ke sinki. Kumpulkan minyak tersebut kerana boleh dijual semula pada harga sekitar RM3.20++ sekilo. Minyak masak recycle ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Jadi, tak adalah rasa membazir walaupun hanya guna sekali sahaja
Sumber: Safura Zakaria
Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














