Pernah mencuba resipi Bergedil Ikan Kemboja? Rasanya sungguh enak! Bergedil versi ini juga dikenali sebagai Pehet. Ia begitu nikmat apabila dimakan bersama nasi yang baru masak.
Bergedil ikan ini juga sesuai dihidangkan sebagai lauk bersama nasi putih. Yang menariknya, ia dibuat tanpa menggunakan tepung, dan hampir 99% terdiri daripada isi ikan dan bahan perasa sahaja.
Baca juga: Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!
Untuk membuat bergedil versi ini, disarankan menggunakan ikan yang segar bagi menjamin kelazatan hasil masakan. Ikan lampan atau ikan termenung boleh digunakan. Ikan tersebut perlu dikisar bersama-sama dengan bahan-bahan lain seperti lengkuas, kunyit, halia, cili, dan beberapa bahan lain.
Resipi ini dikongsi oleh Cik Puan Senz Ahmad. Turut disertakan dengan resipi sos masam, manis, dan pedas.
RESIPI BERGEDIL IKAN KEMBOJA
Bahan-bahan bergedil:
- Ikan lampam/termenung
- Serai (sekali dengan daun dia yang hijau tu)
- Lengkuas
- Kunyit hidup
- Daun limau purut
- Cili padi
- Halia
- Bawang putih
- Bawang merah
- Garam
- Ajinomoto
- Gula
Bahan-bahan sos:
- Bawang putih
- Cili padi
- Limau
- Daun bawang
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
Cara-cara penyediaan bergedil:
1. Kisar isi ikan asingkan tulang-tulangnya. Kisar kering.
2. Kisar serai, lengkuas, kunyit hidup, daun limau purut, cili padi, halia, bawang putih dan bawang merah dengan air yang sedikit.
3. Air jangan terlalu banyak nanti cair sebab kita tak guna tepung.
4. Campurkan isi ikan tadi bersama bahan kisar tadi. Perasakan dengan garam, gula dan aji. Gaul sebati.
5. Bolehlah dibulat-balut dan goreng.
Cara-cara penyediaan sos:
1. Tumbuk halus bawang putih dan cili padi.
2. Masukkan garam, gula, aji dan perahkan limau. Garam dan limau lebihkan sikit.
3. Masukkan sedikit air suam dan taburkan daun bawang. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Senz Ahmad
Baca juga: Resipi Soto Ayam Simple Tapi Power. Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat