Categories: Resipi

Resipi Beijing Fried Sauce Noodles (Zha Jiang Mian) Versi Halal

Beijing Fried Sauce Noodles, atau juga dikenali sebagai Zhajiangmian, adalah sejenis mi yang berasal dari China, khususnya dari Beijing.

Mi ini dikenali kerana kuah sosnya yang kaya dan pekat. “Zhajiang” bermaksud “sos yang dicampur” dan “mian” bermaksud “mi”. Jadi, secara keseluruhannya, hidangan ini merujuk kepada mi yang dicampur dengan sos yang kaya dan pekat.

Baca juga: Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini

Sosnya biasanya terbuat daripada daging cincang yang dimasak bersama bawang putih, bawang merah, dan kacang kedelai hitam. Mi ini kemudian dicampur dengan sos tersebut sebelum dihidangkan.

Beberapa versi mungkin juga memasukkan sayur-sayuran atau bahan-bahan lain untuk menambah kepelbagaian rasa dan tekstur.

Jadi, Beijing Fried Sauce Noodles adalah hidangan mi yang lazat dan berperisa khas Beijing, China, dengan ciri khusus pada sosnya yang dicampur. Ikuti resipi dari perkongsian Norhidayah Mohd Aripin ini. 

RESIPI BEIJING FRIED SAUCE NOODLES (ZHA JIANG MIAN)

Yang suka masakan Chinese boleh la try. Tak susah pun. Halal, sendiri masak sendiri jaga kebersihan. Saya guna daging lembu segar.

Bahan untuk mee :

  • 1 pek San Remo Linguine
Rebus dan toskan. Masuk sedikit minyak dan gaul untuk elak mee melekat.

Bahan-bahan untuk sos :

  • 13 ulas bawang putih dicincang
  • 7 batang daun bawang dihiris
  • 500g daging lembu kisar (boleh kurangkan)
  • Air bancuhan tepung jagung
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 2 ke 3 sudu besar lada Sichuan*
Bahan bertanda * dikisar menjadi serbuk. Boleh jugak tumbuk dan tapis

Bancuh asing :

  • 3-4 sudu besar taucu
  • 4-5 sudu besar sos Hoisin (kalau tak ada, boleh skip, resipi asal guna sweet bean sauce)
  • 4-5 sudu besar dark soy sauce
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 3 sudu besar cuka hitam (cuka putih pun boleh, resipi asal guna wine)
  • 2 sudu besar gula perang
  • Seasoning
  • Air

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan daging kisar ke dalam kuali.

2. Daging dah keluarkan air, masukkan rempah kisar, bawang putih dan daun bawang.

3. Naik bau, masukkan bancuhan sos.

4. Boleh tambah air tapi jangan terlalu banyak.

5. Perasakan garam jika perlu. Garam masuk sikit, kemudian tambah rasa masin dengan taucu.

6. Tambah serba sedikit sos jika ada terkurang rasa. Bancuhan sos hanya anggaran.

7. Bila semua rasa dah ada, masukkan air tepung jagung dan kacau.

Cadangan Hidangan:

1. Dihidang bersama parutan timun batang dan lobak merah.

2. Jika suka extra pedas, boleh dimakan bersama chili oil. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Ayam Kung Pao Kacang Gajus, Masakan Chinese Yang Super SEDAP!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

15 hours ago

Apam Pisang Sukatan Cawan, Pakai Blender Saja Tapi Gebunya Luar Biasa

Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…

16 hours ago

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

20 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

21 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

2 days ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

2 days ago